Tuesday, December 30, 2008

Keningau FM

Beberapa minggu yang lepas kawan ada syorkan untuk cuba cuba dengar siaran radio Keningau FM.Saya pun dengarlah siaran saluran KFM.Dengar punya dengar ,beberapa kali punya dengar inda pernah pun dengar suara 'DJ'nya.Lagu 'ON Air' pula balik balik itu.... saja.Saya tertanya tanya juga,mana pigi DJ dia.Dalam hati saya bilang, 'Batapuk' mangkali.

Kemudiannya mau dijadikan cerita ,pagi tadi dengar balik saluran KFM. Uiinaa kau....
Ada sudah tukang cakap dia.'Trade Mark' dia konon lebih kurang begini, "Hebat..,hebat..,siok bah..".Kalau buat rating ,DJ dia saya bagi 3 1/2 bintang.

Lagu yang dimainkan pula eemmm..., ok jugalah...Bulihlah....

Monday, December 29, 2008



Terima Kasih kepada Telefon Awam yang banyak membantu semasa zaman kegemilangannya.Sebagai salah seorang yang pernah terlibat secara langsung didalam industri ini, saya sempat melihat kitaran kepenggunaan dan populariti benda ini sebelum fungsinya diambil alih oleh telefon bimbit.

Perlakuan vandalisma menjadi antara cabaran terbesar.Bukan kadang kadang sebaliknya tiap tiap hari malah ada masanya puluhan kes dalam sehari menjadikan kos operasi kemudahan ini mencongak naik.

Saya percaya kemudahan dan fungsi telefon awam akan terus bertahan untuk beberapa tahun mendatang dengan syarat beberapa pengubahsuaian dibuat pada alat itu sendiri.Sebagai contoh; kalau sekarang fungsinya cuma satu iaitu membuat panggilan ,beberapa ciri lain harus ditambah atau diubahsuai.Membolehkan pelayaran internet melalui telefon awam.Membolehkan pembayaran lain lain bil melalui kad prabayar disamping beberapa ciri yang lain.

Saya percaya juga teknologi tidak menjadi masalah.Halangan terbesar adalah prosidur birokrasi pihak berkepentingan serta keinginan untuk berubah.Dan masih menjadi impian saya ,satu hari nanti dapat membaca email melalui telefon awam.

Saturday, December 27, 2008

PAGI TADI

Pagi tadi bermundar bermandir
keliling pekan melihat terlihat
'ayi' tua berjalan berstokin berkasut getah
menggendong gumpalan nombor nombor ramalan

Pagi tadi tangan memutar stereng
banyaknya kereta membikin sesak
hati rasa bagai nak marah bersahut harap
mungkin bilakah keadaan reda

Pagi tadi memesan kopi di warong biasa
melintas si kawan vutun bersama rokok rokoknya
memanggil melanggan beberapa kotak 'LA'
khabar si kawan bisnisnya makin rudum
dek persaingan di gelanggang yang sama

Pagi tadi sempat juga singgah di kampung
bercincong sebentar meninjau ninjau
si 'mamai',si 'beliau',si polan sibuk berbincang
gerangannya apa 'Haiwan' muncul petang nanti?
hati lali berbaur bertanya berbaur berharap

Pagi tadi cuacanya sejuk bersahaja
masuk pekan mengintai 'parking'
sesaknya memaksa keliling sekali dua kali
petunjuk pekan semakin membangun
petunjuk penduduk ekonominya bagus
atau petunjuk perancangan bandarnya agak tersasar

Pagi tadi sebelum pulang
terpintas pandang pada si makcik
duduk bersepuh bersama si kecil di kaki lima
menanti pelanggan dengan jualan kotak kotak asapnya
melihat si kecil hati rasa terkesan
apa kan daya empunya diri bukan 'hero'

Wednesday, December 24, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL

Besok hari Natal tiba lagi.
Seminggu lagi, tahun bakal bertukar.
Pencapaian 2008 patut direnung.
harapan 2009 bagaimana?
Belek belek, selak selak, pokoknya hidup kena di teruskan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2008!!

Monday, December 15, 2008

HARI INI




Sebelah petangnya berkesempatan minum petang dengan isteri dan dalam perjalanan balik empunya diri ternampak replika LEMBU TENUSU yang diperbuat daripada konkrit di perkarangan DOVSAI keningau.Rasanya saya memberikan lima bintang kepada kehalusan seni sipembuat replika tersebut kecuali pilihan warna yang pada pengamatan saya ,agak tidak berapa ngam.

Sebelah petangnya juga sempat ke MJ DAIRY FARM untuk melihat lihat,berfikir fikir, merancang rancang apa apa perkara yang patut dibuat seterusnya.

Balik dari MJ DAIRY FARM, melayari internet dan terbaca pula artikel penurunan harga minyak diesel dan petrol.

Pertandingan Dart

Hujung minggu lalu saya berkesempatan mengikuti pertandingan dart yang diadakan di keningau.Pertandingan diadakan melalui format beregu.

Walaupun menjadi pasukan teratas dalam kumpulan dan pasukan pertama layak ke pusingan seterusnya, juga menjadi pasukan pertama tersingkir pada pusingan berikutnya pula.

Kenapa ya...?? Mungkin.., mungkin.., mungkin...,???@%$#!^

Saturday, December 13, 2008

HARI LADANG DOVSAI




Tanggal 24.11.2008 lalu saya berpeluang hadir ke majlis HARI LADANG peringkat negeri Sabah yang diadakan di perkarangan Jabatan Perkhidmatan haiwan dan perusahaan Ternak ,Keningau.secara peribadinya dan melalui pengamatan saya, saya mengucapkan tahniah kepada seluruh AJK Pelaksana program tersebut .Tetamu yang hadir sememangnya ramai dan para VVIP,YB, Datuk dan sebagainya rasanya turut berbangga dengan kelancaran majlis.

Monday, December 8, 2008

CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN

Pertama kalinya pada tahun ini saya berpeluang bercuti bersama keluarga di beberapa tempat sekitar Sabah.Paling lamanya berada di Pulau Labuan yang kebetulannya majlis perkahwinan saudara saya berlangsung.

Tidak seperti tahun tahun sebelumnya semasa masih bekerja dengan salah sebuah syarikat telekomunisasi,kesempatan begini agak sukar diperolehi dek tuntutan kerja.

Paling mengujakan bila berada di Labuan dengan kehadiran ahli keluarga yang baik, dengan harga rokoknya yang murah,dengan 'MINUMANNYA' yang murah dan dengan kehidupan malamnya yang ceria.

Perjalanan pulangnya pula menyusuri Menumbuk, menaiki ferri di Kuala Penyu,melintasi Binsulok,Pimping,Kimanis dan akhirnya Keningau.

Rasanya mahu ke Labuan lagi dalam waktu terdekat!

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA

saya mengucapkan SELAMAT MENTAMBUT EIDUL ADHA kepada ahli keluarga dan rakan rakan yang beragama Islam.Semoga meriah hendaknya.