Kelmarin Thefarmer berkesempatan berkunjung ke kampung Sematoa, sepulut yang terletak di daerah kecil Pensiangan. Rasanya kali terakhir ke kampung tersebut pada tahun 2007.Agak teruja bila melihat beberapa perkembangan terkini di sana.
Sayangnya salah seorang kenalan di kampung tersebut kebetulannya berada di Keningau.Urusan belum kesampaian dan akan kembali ke sana dalam seminggu-dua.
Wednesday, November 25, 2009
Tuesday, October 27, 2009
Untuk beberapa ketika Thefarmer agak sibuk dengan Facebook. Bukannya apa, saja melancong sekejap ke dunia yang baru.Agak mengujakan! Lebih penting dan mengatasi perkara lain, Thefarmer berjaya berhubungan balik dengan rakan rakan lama terutamanya ketika belajar di salah sebuah sekolah di utara Semenanjung Malaysia.
Thefarmer bersyukur rakan lama semuanya punyai kerjaya yang baik.Sesekali bila berborak dengan rakan, menerbangkan semula ingatan ingatan indah masa sekolah.Beberapa nama yang sememangnya Thefarmer tidak pernah dan tidak akan lupa akan selalu menjadi kenangan.
Fuhh...., alangkah baiknya kalau masa sekolah dapat diulang!!

Tuesday, August 25, 2009
DIA DATANG MENJENGUK
Friday, August 7, 2009
DATANGLAH MENJENGUK.......
Hujan, kalau sudi datanglah menjenguk. Rumputan sudah mula menguning, cuaca juga panas.Katak pula sudah lama tidak bernyanyi.Thefarmer tunggu yaa....
KURSUS
Thursday, July 16, 2009
Monday, July 6, 2009
NUNUK RAGANG
Friday, June 12, 2009
Saturday, June 6, 2009
THE FARMER TURUN KE LAUT..
Wednesday, May 27, 2009
KETIKA GEMBIRA..
Ketika berasa gembira ;
1- Wajah anda kelihatan berseri.
2- Anda mudah tersenyum malah akan tertawa untuk cerita kelakar yang remeh.
3- Tekanan darah lebih stabil dan kadar denyutan akan sedikit meningkat .
4- Ketika berjalan pergerakan anda legih cepat.
5- Ketika bercerita nada percakapan anda lebih cepat.
6- Potensi membuat keputusan yang lebih baik lebih tinggi.
7- Ketika 'over excited' atau 'terlebih' gembira, anda akan mula melakukan kesilapan dalam membuat keputusan atau tindakan.
Bagaimana mood anda pagi tadi, Ok..?

Tuesday, May 26, 2009
APA KHABAR....?
Apa khabar hari ini?...Ok?
Bangun pukul berapa pagi tadi?
Ketika sampai ke tempat kerja tiada yang terlupa di rumah?
Bos di tempat kerja tidak tunjuk muka boring?
Petang nanti apa rancangan?
Malam pula?
Thefarmer....??.. Ok Bah Kalau kau...!!

HUJAN DATANG BERTANDANG...
Setelah minggu minggu yang agak panas,malam tadi hujan datang bertandang.Hati agak teruja.Rerumput dapat menghijau , nyanyian kodok terdengar bersahutan.
Petang nanti harap hujan sudi datang lagi.
Buat hujan,Thefarmer ucap terima kasih....

Thursday, May 14, 2009
Wednesday, May 13, 2009
Tuesday, May 12, 2009
Djokdja
Tiba Jakarta lebih kurang jam 11:30 malam.Dari Jakarta sekali lagi bertukar kapal terbang ke djokja .Tibanya ti djokja lebih kurang jam 6:30 pagi.
Selepas singgah sekejap di hotel,langsung menaiki mobil ke Borobudur.Puas menikmati chandi dan dalam perjalanan balik singgah melihat lihat fabrik batik.Hari ini putar putar djokja dengan beca ke kratong ,fabrik batik ,kulit dan beberapa tempat .
Makanannya agak pedas tetapi sedap.Penduduknya ramah dan tidak sombong.Persaingan dan himpitan hidup jelas ternampak namun penduduknya cukup baik sekali.Kotanya juga bersih walaupun dengan jumlah penduduk yang padat.
Besok 12/05/2009 akan terbang semula ke Jakarta sebelum meneruskan perjalanan ke Bandung.
Dengan pengalaman yang singkat,hati amat tertarik dengan djokja bukan sahaja kerana chandi Borobudur ,kratong dan makanannya yang sedap tetapi juga kerana sikap penduduknya yang menghormati,ramah dan baik hati.

Friday, May 8, 2009
Kirim in berita ya pak...
Selamat buat semua... Besok malem 09/05/2009 Thefarmer maen ketemu temen di 'seberang sana..' dan akan kabarin berita dari sana ya..
Monday, April 27, 2009
Selamat berhari Isnin
Besok isnin,seperti mana hari hari Isnin sebelumnya.Hari baru untuk minggu yang baru.Kerja kerja di pejabat macam mana ,semua ok...?
Sunday, April 26, 2009
BILA USIA SEMAKIN MENINGKAT
Bila usia semakin meningkat;
1- Uban mula kelihatan.
2- Kulit sedikit kasar.Sedikit kedut mula kelihatan di bahagian tertentu.
3- Ego semakin bertambah.
4- Mula rasa takut/fobia bila berjemur di bawah pancaran terik matahari.
5- Perasan muda.
6- Berharap dapat muda balik.
7- Lebih romantik
8- Cepat penat.
9- Cenderung untuk jadi ketua.
10- Inginkan suara lebih didengar.
11- Berat badan mula bertambah.
12- Lebih kerap ke Salun dan pusat kecantikan.
13- Mula belek belek vitamin.
14- lebih kerap menukar fesyen rambut/lebih kerap membeli pewarna rambut.
15- ......

Friday, April 24, 2009
FUTSAL - aktiviti malam
Thursday, April 23, 2009
MERAPU......
Apa khabar hari ini..?
tugasan yang perlu disiapkan sudah selesai..?
Bagi yang beli nombor kelmarin apa macam.., ada sangkut..?
Yang selisih faham sama pasangan kelmarin sudah ok..?
Di pejabat macam mana..,bos tidak masam muka?
Pagi tadi bangun pukul berapa..?
Semalam ada apa apa menarik berlaku..? Cerita lah bah....
Bateri handphone sudah 'charge' semula..?
Are you ok..?

Wednesday, April 22, 2009
Saja saja......
22/04/2009 Rabu.Hari yang agak sibuk .Thefarmer dilawati pelawat dari Kota Kinabalu bersama dengan beberapa anggota JPHPT.Bertukar pendapat,bertukar cerita.
Sekitar jam tiga petang sempat singgah ke rumah sekejap.Hati agak teruja bila tertoleh enggang yang masih sudi melawat.Lokasi dipilih seperti biasa - bertenggek di pokok belakang rumah.
Sibuk reda sekitar 5:45 petang.Petang dan malamnya mengetik komputer menyediakan kertas kerja mengenai industri tenusu.
Mata mula kuyu.Buat semua.., selamat malam.Tidur malam kalau sejuk ,pakai selimut.
Tidak sabar menanti besok!

ENGGANG DATANG BERTANDANG
Kelmarin 21/04/2009 sang enggang datang bertandang.Singgahnya betul betul di belakang rumah.Asalnya entah dari mana,sebabnya tidak tahu kenapa.Beberapa klik gambar sempat dirakam.Sebelah malam enggang tidur bertenggek di atas pokok ,juga di belakang rumah. Pagi tadi kelibat enggang nampak sekejap sebelum terbang entah kemana.
Buat enggang, terima kasih datang melawat.Kalau sudi datang datanglah selalu.kalau rindu dan kalau enggang fasih berkomputer, buka bukalah blog thefarmer....
Monday, April 20, 2009
MERAPU SEKEJAP......
Masa berlalu, hari berganti.Dalam tidak sedar, kita sudah berjaya lalui banyak perkara dalam hidup.Apa yang kita lihat hari ini adalah apa yang kita lalui sebelumnya dan apa yang kita lakukan hari ini ,kalau diberkati adalah apa yang akan kita lihat besok,bulan depan, setahun atau lima tahun kemudiannya.
Apapun,buat "MJ'S LITTLE SPACE" thanks untuk itu slide. Thefarmer suka especially tu lagu.

Sunday, April 19, 2009
Saturday, April 18, 2009
Friday, April 17, 2009
PERMANIAN BERHADAS
Beberapa minggu terbelakang yang agak sibuk.Sibuk dek aktiviti ladang.Petang tadi Thefarmer sempat membuat PERMANIAN BERHADAS atau ARTIFICIAL INSEMINATION (AI) - (The process by which sperm is placed into the reproductive tract of a female for the purpose of impregnating the female by using means other than sexual intercourse) keatas beberapa (dairy cow) dengan bantuan pakar 'AI' daripada JPHPT. Untuk itu,Thefarmer dengan rasa rendah hati mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga buat rakan JPHPT yang sudi membantu walaupun sehingga jam tujuh setengah malam.
Sekali lagi,TERIMA KASIH....
THE MOON REPRESENTS MY HEART / yue liang dai biao wo de xin
You ask me how deep my love for you is,
How much I really love you
My affection is real.
My love is real.
The moon represents my heart.
You ask me how deep my love for you is,
How much I really love you
My affection does not waver,
My love will not change.
The moon represents my heart.
* Just one soft kiss
is enough to move my heart.
A period of time when our affection was deep,
Has made me miss you until now.
* You ask me how deep my love for you is,
How much I really love you.
* ** Go think about it.
Go and have a look [at the moon],
The moon represents my heart.
Repeat *
Repeat **
ni wen wo ai ni you duo shen
wo ai ni you ji fen
wo de qing ye zhen
wo de ai ye zhen
yue liang dai biao wo de xin
ni wen wo ai ni you duo shen
wo ai ni you ji fen
wo de qing bu yi
wo de ai bu bian
yue liang dai biao wo de xin
* qing qing de yi ge wen
yi jin da dong wo de xin
shen shen de yi duan qing
jiao wo si nian dao ru jin
* ni wen wo ai ni you duo shen
wo ai ni you ji fen
* ** ni qu xiang yi xiang
ni qu kan yi kan
yue liang dai biao wo de xin
Repeat *
Repeat **
Thursday, April 16, 2009
MEMAHAMI KAPITALISMA
DIPETIK DARI : TUKAR TIUB
GLOBALISASI – SATU DUNIA BARU
Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masaalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit-duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.
Negara China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri ada menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – adalah hasil kita berjual beli dengan Amerika. China dan Jepun adalah negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar.
Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika. Permaksaan ini melalui dua cara. Pertama – Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual beli minyak wajib menggunakan kertas dolar. Ini kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara. Manakala Saudi adalah pengeluar utama bahan bakar ini. Untuk gantinya – kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud dari dipukul oleh ombak rakyat.
Cara kedua ialah dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual beli minyak. Jawapannya Saddam di gantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih dari kertas dolar justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.
Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ini dipanggil – fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.
Pada awalnya Amerika Syarikat adalah sebuah negara revolusiner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertas sendiri. Amerika yang merdeka telah membebaskan diri dari para banker yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para banker menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan para banker.
Pada tahun 1913 setelah beberapa kali pecubaan gagal akhirnya para banker telah berjaya memaksa/menipu Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.
Siapa lembaga-lembaga pengarah Federal Reserve ini juga di rahsiakan. Kongress hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan di cadangkan oleh Federal Reserve. Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan Pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke Pengerusi yang terkini. Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.
Mengikut Akta 1913 ini pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar maka kerajaan wajib meminjam dari Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. Lihat bagaimana liciknya konspirasi para banker ini.
Seperti tulisan minggu lalu – para banker ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika dari Federal Reserve ini akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang dari tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong para banker ini telah membuat harta Qarun.
Inilah dia punca yang sedang membawa huru hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – ini di Amerika apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit. Sabar dahulu biar saya terangkan sejelas mungkin.
Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan reserve bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ini telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para banker dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) ada dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.
Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. Justeru kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.
Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini?
Pertama: Banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama. Kedua: tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Puteh yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para banker dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam dari Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini. Ketiga: tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para banker dan kaum pemodal ini.
Semenjak tahun 1913 para banker ini telah membuat jaringan, kabal dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. Hari ini kabal rahsia para banker-banker ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika.
Hasilnya – media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para banker dan kaum pemodal ini. Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya 6 buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media. Syarikat media ini dimiliki oleh para banker-banker ini. Malah jika diselidiki dengan rapi kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.
Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabal-kabal rahsia seperti – Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull and Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasi oleh pemodal dan banker yang sedang merancang untuk memunculkan New World Order – Satu Dunia Baru. Di belakang semua ini ialah nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.
Kabal rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi and Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.
Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada maloan-maloan ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabal rashia ini.
Justeru kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan bersuara sama.
Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul haq, – mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik. Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.
Hari ini sebenarnya tidak ada masaalah kecairan. Apa yang berlaku ialah peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para banker ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin. (TT)

Saturday, April 11, 2009
MARAH..%@$#&^*!
Reaksi atau petunjuk biasa yang dapat dilihat ketika anda marah mungkin seperti berikut;
1) mata garang dan marak merenung pada subjek yang dimarah .
2) Bercakap dalam nada lembut sambil suara terketar ketar dan tergagap gagap.
3) berteriak sambil memaki maki.
4) tidak bersuara tetapi bernafas kuat dan denyutan dada nampak kuat.
5) memecahkan objek berdekatan.
6) berlalu pergi dan meninggalkan subjek yang dimarah di tempat kejadian.
7) mata kemerahan sambil nampak sedikit berair.
8) muka merah sambil menggertap/meggigit bibir.
9) menangis - bida gia tu.....
10) berbisik pada subjek yang dimarah," Jaga kau karang.., sia ipa kau sana.. jalan!"

Thursday, April 9, 2009
SENARAI KABINET BARU MALAYSIA
SENARAI KABINET MALAYSIA 2009 :
Perdana menteri : Datuk Seri Najib Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
TIMBALAN2 MENTERI:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK
MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
TIMBALAN2:
1. DATUK CHOR CHEE HEUNG
2. DATUK Dr. AWANG ADEK HUSSIN
MENTERI PELAJARAN:
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Timbalan:
1. DATUK Dr. WEE KA SIONG
2. Dr MOHD.PUAD ZARKASHI
MENTERI PENGANGKUTAN:
DATUK ONG TEE KEAT
Timbalan:
1. DATUK ABDUL RAHIM BAKRIatuk Abdul Rahim Bakri
2. DATUK ROBERT LAU HOI CHEW
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
TAN SRI BERNARD DOMPOK
Timbalan:
1. Datuk HAMZAH ZAINUDIN
MENTERI DALAM NEGERI:
DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Timbalan:
1. DATUK WIRA ABU SEMAN YUSOP
2. JELAING ANAK MERSAT
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramania
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan - Bernama

Wednesday, April 8, 2009
pantun 2-dart
good evening untuk semua
konon menyapa dengan santun
perasan seronok dapat bersua
Thefarmer kembali berpantun pantun
mungkin tadi anda ke pejabat
bertemu pelanggan bertemu sahabat
sebelum selepas permainan tangan dijabat
kita berpantun tentang main dart
bermain dart memang menyeronokkan
dapat kenal ramai kenalan
kalah menang mjadi cabaran
itulah adat dalam pertandingan
180 jadi sasaran
markah tertinggi sekali giliran
kalau humbanan ke kiri ke kanan
'BELUM CUKUP CAS' jadi alasan
ketika bermain sila serius
takut menyesal tak sudah sudah
sambil lewa humbanan tak lurus
nanti menyesal jerit 'come on lah..!'
bermain dart hilangkan stress
asalkan kerja semua dah beres
bermain dart memang best
bila 'check' sebut YES!!
pertandingan dart kerap diadakan
jangan lupa info terkini
Keningaudarters.Blogspot jadi rujukan
sila layari untuk perkembangan terkini.

Monday, April 6, 2009
pantun 1
buat tembok dengan bata
sambut tetamu dengan santun
salam sejahtera pembuka kata
benarkan thefarmer untuk berpantun.
negeri Sabah memang indah
saujana mata pohon menghijau
thefarmer nak promote satu daerah
tak lain tak bukan daerah keningau
pakai baju berlapis lapis
sejuknya malam tidak tertahan
boleh ke Keningau melalui Kimanis
atau Sindumin atau Tambunan
dari Crocker sayup keningau
cantik dipandang rasa tak jemu
kiranya bermalam di pekan keningau
khamis dan ahadnya jemputlah ke tamu
mentari siang rasa tak terik
malam dihias lampu berkelip
'night life' keningau memang menarik
'Keningau- The town that never sleep'
nak tengok payau datang ke seberang
lembu tenusu banyak ostrich pun ada
luasnya ladang saujana memandang
pendek kata - macam macam ada...
seronok meronda letihnya badan
mungkin teringin nak mandi manda
jangan lumpa ke Taman Bandukan
sungainya jernih menyegar minda
pantun 1 di tangguh dulu
bakal bersambung dilain waktu
thefarmer mohon untuk berlalu
esok esok pasti ketemu
sambut tetamu dengan santun
salam sejahtera pembuka kata
benarkan thefarmer untuk berpantun.
negeri Sabah memang indah
saujana mata pohon menghijau
thefarmer nak promote satu daerah
tak lain tak bukan daerah keningau
pakai baju berlapis lapis
sejuknya malam tidak tertahan
boleh ke Keningau melalui Kimanis
atau Sindumin atau Tambunan
dari Crocker sayup keningau
cantik dipandang rasa tak jemu
kiranya bermalam di pekan keningau
khamis dan ahadnya jemputlah ke tamu
mentari siang rasa tak terik
malam dihias lampu berkelip
'night life' keningau memang menarik
'Keningau- The town that never sleep'
nak tengok payau datang ke seberang
lembu tenusu banyak ostrich pun ada
luasnya ladang saujana memandang
pendek kata - macam macam ada...
seronok meronda letihnya badan
mungkin teringin nak mandi manda
jangan lumpa ke Taman Bandukan
sungainya jernih menyegar minda
pantun 1 di tangguh dulu
bakal bersambung dilain waktu
thefarmer mohon untuk berlalu
esok esok pasti ketemu
Saturday, April 4, 2009
TERIMA KASIH...
Thursday, April 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)