Sunday, March 29, 2009

AHAD 29/03/09






Hari ini Ahad 29/03/2009 , sekitar jam 12:08 tengah hari.Cuaca agak redup sedikit. Pagi tadi ke ladang ; melihat, menjenguk dan sempat buat permanian berhadas beberapa ekor ternakan dengan bantuan rakan. Buat rakan tadi, Terima Kasih tidak terhingga.

Petang nanti perlawanan dart akan bersambung.

Sunday, March 22, 2009

PUJI PUJIAN..!

Secara nalurinya,semua orang berasa obsesi dengan puji pujian.Nilai dan tafsirlah pujian yang diterima kerana tidak semua pujian ikhlas.Sesetengahnya terbit dengan maksud tersirat.Dalam situasi tertentu,puji pujian menjadi senjata ghaib yang halus,menjadikan seseorang tercandu dan merupakan perangkap yang tak terlihat.

Terkadang juga puji pujian merupakan sindiran kepada keadaan sebaliknya.

Mentafsir puji pujian samaada ikhlas atau sebaliknya bergantung kepada sejauhmana orang yang menerima pujian menilainya.

Apapun,seandainya anda mendapat pujian ucaplah terima kasih!!

Saturday, March 21, 2009

PELAWAT


Dua minggu lalu Thefarmer mendapat kunjungan daripada peserta kursus ternakan yang dianjurkan oleh JABATAN PERKHIDMATAN....

Para peserta terdiri daripada peserta dari Kota Belud dan Penampang.Buat para peserta dan JABATAN...,terima kasih kerana memilih ladang Thefarmer untuk dilawati dan selamat menternak.

TENGGINANG..



Kelmarin ketika melewati jalan menuju ke ladang rakan ,Thefarmer ternampak sebatang pokok yang pada Thefarmer agak istimewa. Istimewa kerana pokok tersebut mengingatkan semula nostalgia indah ketika zaman kanak kanak.

Pokoknya biasa dipanggil POKOK TENGGINANG di kalangan penduduk setempat ketika itu.Istimewanya juga kerana ketika itu Thefarmer memelihara beberapa ekor kambing dan daun serta buah pokok TENGGINANG amat disukai oleh ternakan tersebut.Pada batangnya pula tersembul duri yang berceragah.

Dengan masa ,TENGGINANG dengan kenangannya semasa kanak kanak telah hilang dan Thefarmer agak sedikit sentimental bila setelah lebih kurang 25 tahun terserempak secara tidak sengaja walaupun di tempat yang agak asing.

Saturday, March 14, 2009

STREAMYX



Seawal hari kelmarin laluan internet Thefarmer menghadapi gangguan.

Cuba dan mencuba akhirnya Thefarmer mengalah dan tengah hari tadi mohon bantuan daripada rakan yang bertugas di TM.Terima kasih buat rakan TM,akhirnya masalah terlerai.

Thursday, March 12, 2009

Thefarmer

INDUSTRI TENUSU NEGERI SABAH ( BHG.1)



Industri tenusu negeri Sabah bermula pada tahun 1982 dimana beberapa penternak telah dipilih,dilatih dan diberikan subdidi beberapa ekor indung lembu tenusu sebagai permulaan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT ) ,negeri Sabah . Pada awalnya program ini hanya dilaksanakan di dua daerah iaitu JPHPT Keningau dan Tawau sebelum dikebambangkan ke seluruh negeri Sabah di bawah Rancanfan Malaysia Ke Empat ( 1981-1985 ).

Lembu tenusu yang disubsidikan oleh JPHPT kepada para penternak merupakan baka campuran Shahiwal dan Friesian yang diimport terus daripada New Zealand . Baka ini dipilih berdasarkan kesesuaian iklim setempat disamping produktiviti susu yang baik.

Industri ini diperkenalkan pada awalnya bagi mengurangkan pergantungan terhadap import susu cecair dari luar negara, menjimatkan aliran keluar tukaran wang asing dan meningkatkan pengeluaran daging lembu melalui penggemukan anak lembu jantan oleh para penternak.

Sehingga kini , JPHPT Sabah telah mengembangkan program ini ke beberapa daerah lain iaitu Tenom,Beaufort,Menumbok,Bongawan,Papar,Penampang,Ranau,Tuaran,Kota Marudu,Keningau dan Tawau.