Sunday, April 13, 2008

TERKENANG KENANG (PART 1)

Saya dibesarkan dan melalui zaman kanak kanak sebagai budak kampung dalam suasana kampung yang rasanya cukup berbeza dengan sekarang.Seingat saya, awal tahun 70an dengan tiadanya bekalan air paip,sungai menjadi sumber yang sangat berharga.

walaupun serba-serbinya sederhana tapi bila sampai bab 'cari sayur' ,rasanya bukan menjadi satu masalah pada ketika itu. Saya masih ingat aktiviti menangkap ikan yang paling popular dikalangan kanak kanak yang berumur antara 7-10 tahun yang biasa kami panggil 'mongias' dalam bahasa dusun.'Mongias' dilakukan dengan mencari kawasan anak sungai yang kecil, menampan aliran masuk dan keluar air sungai dan kemudiannya 'mongias' atau menceduk keluar air daripada bahagian yang telah diempang sehingga hampir kering .Kemudiannya aktiviti 'monomol' (mencari/menangkap) ikan yang terperangkap dengan menggunakan kemahiran tangan dan akhir sekali setelah selesai, empangan kecil tadi akan dibuka untuk membolehkan air sungai mengalir semula seperti semulajadinya.

Sayuran pula, Lomiding adalah antara jenis sayuran yang popular dan senang diperolehi pada masa itu dan biasanya menjadi alasan untuk meredakan amarah emak yang mendapati saya keluar rumah 'curi curi' semasa ketiadaannya.


Aktiviti melastik burung,bermain gasing,layang layang,main galah,main 'singakan' dan mandi manda di sungai merupakan rutin ketika itu.Berbanding sekarang,sebahagian besar permainan kami pada masa itu adalah hasil kreativiti dan kemahiran tangan kami sendiri.

No comments: