Seperti tahun tahun sudah, Perayaan Pesta Menuai di Kg. Bingkor Baru pada 24.05.08 telah berjalan dalam suasana yang cukup meriah. Tahniah kepada pihak penganjur
Monday, May 26, 2008
Thursday, May 22, 2008
KENINGAU HARI INI-kesesakan jalan raya
Memulakan rutin harian dengan menghantar anak ke sekolah dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat di atas jalan raya, dengan kesesakan yang kadang kalanya disusuli dengan sungutan lantas menjelmakan beberapa persoalan di fikiran.
Mungkinkah ini petanda taraf ekonomi penduduk Keningau telah meningat menjangkaui ramalan/ekspetasi para perancang bandar?
Mungkinkah para berwajib punya, sedang melaksanakan apa apa langkah sebagai penyelesaian?
Mungkinkah masalah ini dapat dikurangkan/diatasi dalam kerangka masa lima tahun terdekat ini?
Fuuh.. dalam melayani persoalan demi persoalan berbaur sungutan yang menemani pemanduan akhirnya 'signal' belok ke kanan terpaksa diketik memasuki halaman rumah.
Monday, May 19, 2008
DART
Hari Jumaat lalu saya berkesempatan menyertai pertandingan dart tertutup Keningau bertempat di Stella Grilled Island, Kg Keningau. Lokasi pertandingan sememangnya cantik dan walaupun itu merupakan kunjungan pertama, komen saya adalah ' lokasinya memang menarik!'
Pertandingan dibuat melalui sistem beregu dan saya berpasangan dengan sahabat baik saya, John dan berjaya menduduki tempat ketiga. Syoknya permainan dart seperti juga lain lain permainan adalah kesempatan bertemu kawan kerana pada saya ada masanya kita perlu 'JALAN JALAN JUMPA KAWAN!'.
Sunday, May 11, 2008
PUSAT PENGUMPULAN SUSU
Pusat Pengumpulan Susu atau biasa dipanggil MCC dikalangan penternak lembu tenusu di daerah pedalaman terletak kira kira 3.5 km dari pekan Keningau.
Di pusat inilah pihak JPHPT,Keningau membuat penerimaan hasil tenusu daripada para penternak dengan prosidur yang ketat bagi menjamin kualiti yang tinggi.Masa penghantaran pula dibenarkan antara pukul 7 hingga 9 pagi dan pukul 2 ke 4 pada sebelah petangnya dan dengan kawalan masa yang ketat ini tidak hairan para penternak terpaksa menyesuaikan masa penghantaran dan perkataan 'ikut barisan' adalah bagi menugggu giliran sekiranya beberapa kenderaan pengusaha industri ini terpaksa berbaris panjang.
Terdapat juga sesetengah kes ( jarang berlaku ) dimana penternak terpaksa membawa balik hasil tenusu mereka kerana tidak mencapai standard yang ditetapkan.Terdapat beberapa sebab kenapa susu ini gagal mencapai standard yang ditetapkan. Antaranya adalah kaedah pemerahan susu yang tidak sempurna,tahap kebersihan mesin pemerah yang lemah, sistem penyimpanan di peti sejuk (masalah bekalan kuasa,suhu peti sejuk rendah,dsb),penghantaran lewat ke pusat pengumpulan susu dan sebagainya.
Rasanya para penternak Lembu Tenusu Keningau perlu berterima kasih dengan para petugas di Pusat Pengumpulan Susu kerana feksibiliti,tanggungjawab, bantuan dan dedikasi mereka dalam membantu melicinkqan proses penerimaan hasil tenusu ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)