Pusat Pengumpulan Susu atau biasa dipanggil MCC dikalangan penternak lembu tenusu di daerah pedalaman terletak kira kira 3.5 km dari pekan Keningau.
Di pusat inilah pihak JPHPT,Keningau membuat penerimaan hasil tenusu daripada para penternak dengan prosidur yang ketat bagi menjamin kualiti yang tinggi.Masa penghantaran pula dibenarkan antara pukul 7 hingga 9 pagi dan pukul 2 ke 4 pada sebelah petangnya dan dengan kawalan masa yang ketat ini tidak hairan para penternak terpaksa menyesuaikan masa penghantaran dan perkataan 'ikut barisan' adalah bagi menugggu giliran sekiranya beberapa kenderaan pengusaha industri ini terpaksa berbaris panjang.
Terdapat juga sesetengah kes ( jarang berlaku ) dimana penternak terpaksa membawa balik hasil tenusu mereka kerana tidak mencapai standard yang ditetapkan.Terdapat beberapa sebab kenapa susu ini gagal mencapai standard yang ditetapkan. Antaranya adalah kaedah pemerahan susu yang tidak sempurna,tahap kebersihan mesin pemerah yang lemah, sistem penyimpanan di peti sejuk (masalah bekalan kuasa,suhu peti sejuk rendah,dsb),penghantaran lewat ke pusat pengumpulan susu dan sebagainya.
Rasanya para penternak Lembu Tenusu Keningau perlu berterima kasih dengan para petugas di Pusat Pengumpulan Susu kerana feksibiliti,tanggungjawab, bantuan dan dedikasi mereka dalam membantu melicinkqan proses penerimaan hasil tenusu ini.
No comments:
Post a Comment