Monday, December 29, 2008
Terima Kasih kepada Telefon Awam yang banyak membantu semasa zaman kegemilangannya.Sebagai salah seorang yang pernah terlibat secara langsung didalam industri ini, saya sempat melihat kitaran kepenggunaan dan populariti benda ini sebelum fungsinya diambil alih oleh telefon bimbit.
Perlakuan vandalisma menjadi antara cabaran terbesar.Bukan kadang kadang sebaliknya tiap tiap hari malah ada masanya puluhan kes dalam sehari menjadikan kos operasi kemudahan ini mencongak naik.
Saya percaya kemudahan dan fungsi telefon awam akan terus bertahan untuk beberapa tahun mendatang dengan syarat beberapa pengubahsuaian dibuat pada alat itu sendiri.Sebagai contoh; kalau sekarang fungsinya cuma satu iaitu membuat panggilan ,beberapa ciri lain harus ditambah atau diubahsuai.Membolehkan pelayaran internet melalui telefon awam.Membolehkan pembayaran lain lain bil melalui kad prabayar disamping beberapa ciri yang lain.
Saya percaya juga teknologi tidak menjadi masalah.Halangan terbesar adalah prosidur birokrasi pihak berkepentingan serta keinginan untuk berubah.Dan masih menjadi impian saya ,satu hari nanti dapat membaca email melalui telefon awam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment