Thursday, February 26, 2009

HEHE.. NO KOMEN!





Wednesday, February 25, 2009

BUBU..

Nama saya Bubu.Umur saya dua bulan.Saya tinggal di Keningau.Saya tinggal sama Thefarmer.Thefarmer sayang sama saya.Tapi kelmarin Thefarmer marah saya sebab saya gigit gigit kaki Thefarmer waktu dia main komputer.Saya selalu main lawan lawan sama Thefarmer tapi dia selalu kalah.Saya selalu menang.

Itu saja dari saya.

Yang Benar,
BUBU

Sunday, February 22, 2009

BERKAHWIN

Katakan anda ke pekan untuk satu urusan dan tepandang pasangan lelaki - perempuan sama ada sedang berjalan atau duduk di restoran.

Bagaimana anda tahu sama ada pasangan tersebut sudah berkahwin?

1- Ketika berjalan si lelaki berada di depan(dengan gaya berjalan ala beliau beliau dan sesekali menoleh ke belakang ke arah pasangannya..)manakala si perempuan di belakang (juga dengan gaya berjalan 'cincai').

2- Jalan bersamping tetapi si lelaki dan perempuan dengan riak wajah 'tension.'

3- Ketika berjalan bersama ,si lelaki berpakaian lusuh (cincai) manakala si perempuan 'bergaya'

4- Ketika duduk minum di restoran,si lelaki dan perempuan tidak banyak bercerita atau si lelaki asyik melayan rokok.Jika terbawa surat khabar ,si lelaki lebih banyak membaca surat khabar manakala pasangannya khusyuk makan.

5- Ketika duduk minum di restoran, posisi badan si lelaki agak sedikit 'mengiring'sambil kaki bersilang manakala pasangannya menghadap si lelaki dengan cara duduk sedikit bongkok.

Friday, February 20, 2009

KALAH

Lawan kalah ada menang.Wujudnya kalah kerana adanya pihak yang menang.
Kenapa KALAH dan kenapa lawan anda MENANG?

1- Anda berlatih 100 kali,lawan anda berlatih 1000 kali.

2- Memasuki gelanggang dengan hati 50%,lawan memasuki gelanggang dengan hati 100%

3- Memasuki gelanggang dengan hati 100%,lawan memasuki gelanggang dengan hati 101%

4- Bertarung digelanggang yang salah,bertarung di gelanggang yang asing.

5- Memasuki gelanggang tanpa persediaan .

6- Memandang remeh pesaing.

7- Memberi peluang pesaing anda menang.

8- Ketika bertarung,membiarkan keadaan mengawal anda.( gagal mengawal emosi/mental)

9- Kalah kerana ingin kalah.

Thursday, February 19, 2009

CONNIE LUPANG 2

CONNIE LUPANG

Wednesday, February 18, 2009

THE ART OF WAR (SENI PEPERANGAN) - SUN TZU

BEBERAPA STRATEGI KETENTERAAN DENGAN NIAT MENCAPAI KEMENANGAN YANG DIILHAMKAN OLEH SUN TZU MELALUI BUKUNYA YANG BERTAJUK 'THE ART OF WAR.'


STRATEGI 1:
TIPU LANGIT UNTUK MELEWATI SAMUDERA.

Bergerak/beroperasi di kegelapan dan bayang-bayang, menggunakan tempat-tempat tersembunyi dan bersembunyi di belakang layar hanya akan menarik kecurigaan. Untuk melemahkan pertahanan musuh ,anda harus bertindak ditempat terbuka ,menyembunyikan maksud tersembunyi anda dengan aktiviti biasa sehari-hari.

STRATEGI 2:
KEPUNG WEI UNTUK MENYELAMATKAN ZHAO.

Ketika musuh terlalu kuat untuk diserang, seranglah sesuatu yang berharga yang dimilikinya. Ketahui dan fahami bahawa musuh tidak selalu kuat di semua hal.Di mana mana bahagian, pasti ada ruang lemah diantara senjatanya dan pasti dapat diserang. Dengan kata lain, anda dapat menyerang sesuatu yang berhubungan atau dianggap berharga oleh musuh untuk melemahkannya secara psikologi.

STRATEGI 3:
BUNUH DENGAN PISAU YANG DIPINJAM.

Serang dengan menggunakan kekuatan pihak lain dengan niat mengurangkan (seminima mungkin) penggunaan kekuatan sendiri. Perdaya/hasut sekutu untuk menyerang musuh, sogok orang kepercayaan musuh untuk menjadi penghianat, atau gunakan kekuatan musuh untuk melawan dirinya sendiri.euntungan,

SRATEGI 4:
JADIKAN MUSUH KEPENATAN DAN JIMATKAN TENAGA ANDA SERTA KUMPUL LAH KEKUATAN.

Adalah satu kelebihan untuk merancang masa dan tempat pertempuran. Dengan cara ini, anda akan tahu bila dan di mana pertempuran akan berlangsung, sementara musuh anda tidak. Dorong musuh anda untuk menggunakan tenaga secara sia-sia sambil anda mengumpulkan/menjimat dan memperkasakan tenaga. Ketikanya musuh kepenatan,tidak teratur dan bingung, anda dapat menyerang.

STRATEGI 5:
MEROMPAK RUMAH YANG TERBAKAR

Ketika sesebuah negara mengalami konflik dalaman, penyakit berjangkit dan kelaparan, ketika rasuah dan kejahatan bermaharajalela, maka ia tidak akan boleh menghadapi ancaman dari luar. Inilah waktunya untuk menyerang.

STRATEGI 6:
BEERPURA PURA MENYERANG DARI ARAH TIMUR DAN MENYERANGLAH DARI BARAT.

Pada setiap peperangan, elemen kejutan dapat menghasilkan kelebihan ketara. Bahkan ketika berhadapan secara langsung dengan musuh, kejutan masih dapat digunakan dengan melakukan serangan pada ketika musuh cuai/lengah/lalai. Untuk melakukannya, anda harus membuat jangkaan tentang apa yang ada dalam fikiran atau tindakan balas musuh melalui sebuah tipu daya.


STRATEGI BERHADAPAN DENGAN MUSUH.

STRATEGI 7:
BUAT SESUATU PERKARA UNTUK HAL YANG TIADA.

katakan anda menggunakan tipu daya yang sama sebanyak dua kali. Setelah bereaksi terhadap tipu daya pertama dan kedua,biasanya musuh akan ragu-ragu untuk bereaksi pada helah yang ketiga. Oleh itu, tindakan ketiga adalah serangan sebenara untuk menangkap musuh ketika pertahanannya lemah.

STRATEGI 8:
BINA ATAU PERBAIKI JALAN UTAMA UNTUK MENGAMBIL JALAN YANG LAIN.

Serang musuh dengan dua kekuatan utama.Pertamanya adalah serangan langsung yakni sesuatu yang sangat jelas dan membuat musuh mempersiapkan pertahanannya.Keduanya, dengan secara tidak langsung.Dengan serangan yang menakutkan, musuh tidak mengira dan membahagi kekuatannya dengan teratur sehingga pada saat akhirnya mengalami kebingungan dan kekalahan.

STRATEGI 9:
PANTAU API YANG SEDANG TERBAKAR DI SEPANJANG SUNGAI.

Tunda untuk memasuki wilayah pertempuran sehingga seluruh pihak yang bertikai mengalami kelelahan akibat pertempuran yang terjadi antara mereka. Kemudian seranglah dengan kekuatan penuh dan habiskan.

STRATEGI 10:
PISAU TERSARUNG DALAM SENYUMAN.

Puji dan ampu musuh anda. Ketika anda mendapat kepercayaan darinya, anda bergerak melawannya secara rahsia dan dengan licik.

STRATEGI 11:
MENGORBANKAN PERAK UNTUK MENDAPATKAN EMAS.

Ada ketikanya dalam keadaan tertentu dimana anda harus mengorbankan tujuan jangka pendek untuk mendapatkan tujuan jangka panjang. Ini adalah strategi kambing hitam dimana seseorang akan dikorbankan untuk menyelamatkan yang lain.

STRATEGI 12:
MENCURI KAMBING DI SEPANJANG PERJALANAN

Sementara tetap berpegang teguh pada rancangan asal, anda harus cukup fleksibel untuk mengambil peluang dan keuntungan dari setiap kesempatan yang ada walau sekecil apapun.

STRATEGI SERANGAN:
STRATEGI 13

KEJUTKAN ULAR DENGAN MEMUKUL RUMPUT DI SEKITARNYA:

Ketika anda tidak mengetahui muslihat lawan secara jelas, serang olok olok dan pelajari reaksi lawan. Perilakunya akan membongkar strateginya.

STRATEGI 14:
MENGHIDUPKAN KEMBALI ORANG MATI

Pelajari dan pratikkan idea, teknologi, atau teknik yang telah dilupakan atau tidak digunakan lagi dan gunakan untuk kepentingan sendiri. Hidupkan kembali sesuatu dari masa lampau dengan memberinya tujuan baru atau terjemahkan kembali idea-idea lama, kebiasaan, dan tradisi ke kehidupan sehari-hari.

STRATEGI 15:
PENGARUHI HARIMAU UNTUK TINGGALKAN SARANGNYA

Jangan sekali kali menyerang secara langsung musuh yang memiliki kelebihan/kekuatan sebab posisinya yang baik. Pengaruhilah mereka untuk meninggalkan sarangnya sehingga mereka akan terjauh dari sumber kekuatannya.

STRATEGI 16:
KETIKA MENANGKAP,LEPASKANLAH SATU ORANG.

Mangsa yang terdesak biasanya akan menyerang secara membabi buta.Biarkan musuh percaya bahwa masih ada kesempatan untuk melarikan diri. Hasrat mereka untuk menyerang akan hilang dengan keinginan untuk melarikan diri. Ketika pada akhirnya kebebasan yang mereka inginkan tersebut tak terbukti, moral musuh akan jatuh dan mereka akan menyerah tanpa perlawanan.

STRATEGI 17:
MELEMPAR BATUAN UNTUK MENDAPAT JED.

Persiapkan perangkap dan perdaya musuh anda dengan umpan. Dalam perang, umpan adalah ilusi harapan atas kemungkinan kesempatan untuk memperoleh hasil. Dalam keseharian, umpan adalah ilusi harapan atas kekayaan, kekuasaan, dan wanita.

STRATEGI 18:
KALAHKAN MUSUH DENGAN MENANGKAP PEMIMPINNYA :

Sekinyanya musuh kuat tetapi dipimpin oleh komandan yang mengandalkan wang dan ancaman, maka tangkap pemimpinnya. Jika komandan mati atau tertangkap maka sisa pasukannya akan berpecah belah atau akan lari ke pihak anda. namun jika pasukan terikat atas kesetiaan terhadap pimpinannya, maka berhati-hatilah lawan akan dapat melanjutkan perlawanan dengan semangat balas dendam.

STRATEGI HURU HARA

STRATEGI 19:
JAUHKAN KAYU BAKAR TEMPAT MASAKNYA:

Ketika berhadapan dengan musuh yang sangat kuat untuk menghadapinya secara langsung adalah anda harus melemahkannya dengan meruntuhkan formasi musuh dan menyerang sumber kekuatannya.

STRATEGI 20:
MEmANCING DI AIR KERUH.

Sebelum menghadapi pasukan musuh, rancang dan wujudkan kekacauan untuk melemahkan fikiran dan pertimbangan mereka. Buatlah sesuatu yang tidak biasa, aneh, dan tak terpikirkan sehingga menimbulkan kecurigaan musuh dan mengacaukan pikirannya. Musuh yang bingung akan lebih mudah untuk diserang.

STRATEGI 21:
LEPASKAN KULIT SERANGGA.

Ketika dalam keadaan terdesak, dan anda hanya memiliki kesempatan untuk melarikan diri dan harus membentuk pasukan, buatlah sebuah ilusi helah. Sementara perhatian musuh tertumpu atas muslihat yang anda lakukan, susun dan pindahkan pasukan anda secara rahsia di belakang imej anda yang terlihat.

STRATEGI 22:
TUTUP PINTU UNTUK MENANGKAP PENCURI.

Jika anda memiliki kesempatan untuk menangkap/memerangkap seluruh musuh maka lakukanlah kerana dengan demikian, pertempuran akan segera berakhir. Membiarkan musuh untuk terlepas akan menanam bibit dari masalah baru. Akan tetapi jika mereka bejaya melarikan diri, berhati-hatilah dalam melakukan pengejaran.

STRATEGI 23:
BERTEMAN DENGAN NEGARA JAUH DAN SERANG NEGARA JIRAN.

Lazimnya , negara yang bersempadanan satu sama lain menjadi musuh sementara negara yang terpisah jauh merupakan sekutu yang baik. Ketika anda adalah negara yang terkuat di sebuah wilayah, ancaman terbesar adalah dari negara kedua terkuat di wilayah tersebut, bukan dari yang terkuat di wilayah lain.

STRATEGI 24:
CARI LALUAN AMAN UNTUK MENJAJAH KERAJAAN GUO.

Pinjam kekuatan sekutu untuk menyerang musuh bersama. Sesudah musuh dikalahkan, gunakan kekuatan tersebut untuk menempatkan sekutu anda pada posisi pertama untuk diserang.

STRATEGI PENDEKATAN:
STRATEGI 25 ;

GANTIKAN BALAK DENGAN KAYU BURUK.

Kacau formasi musuh, ganggu operasinya, ubah peraturan-peraturan yang digunakannya, buatlah sebuah hal yang berlawanan dengan latihan standardnya. Dengan cara ini anda telah akan meruntuhkan tiang-tiang penyokong yang diperlukan oleh musuh dalam membangunkan pasukan yang kuat.

STRATEGI 26:
LIHAT PADA POHON MULBERI DAN GANGGU ULATNYA.

Untuk mendisiplinkan, mengawal dan mengingatkan suatu pihak yang status atau kedudukannya di luar pertemuan secara langsung; gunakan ejekan atau sindiran. Tanpa menyebut nama secara langsung, pihak yang tertuduh tidak akan dapat membalas balik tanpa mengetahui pihak yang jelas.

STRATEGI 27:
BERLAGAK CERDIK ,BERLAGAK BODOH.

Sembunyi di balik muka cerdik,bodoh, mabuk, gila dan sebagainya untuk menyebabkan kebingungan tentang tujuan dan motif anda. Perangkap lawan anda dengan sikap meremehkan kemampuan anda sehingga pada akhirnya musuh terlalu yakin akan diri sendiri sehingga menurunkan/mengurangkan tahap pertahanannya. Pada situasi ini anda akan dapat menyerangnya.

STRATEGI 28:
ROBOHKAN JAMBATAN KETIKA MUSUH TELAH SAMPAI/BERADA DI ATASNYA.

Dengan umpan dan tipu muslihat perdayakan musuh anda ke dalam daerah/zone berbahaya. Kemudian putuskan ruang komunikasi dan jalan untuk melarikan diri. Untuk menyelamatkan dirinya, pihak musuh harus bertarung dengan kekuatan anda dan sekaligus elemen alam.

STRATEGI 29:
HIAS POHON DENGAN BUNGA PALSU.

Menampalkan sutera di atas pohon akan memberi gambaran bahawa pohon tersebut sihat. Dengan menggunakan muslihat dan penyamaran anda sebenarnya menjadikan sesuatu yang tidak bernilai tampak berharga; tak mengancam kelihatan berbahaya; tidak berguna kelihatan berguna.

STRATEGI 30:
JADIKAN TUAN RUMAH DAN TETAMU BERTUKAR TEMPAT.

Kalahkan musuh dari dalam dengan menyusup ke dalam benteng lawan dengan muslihat, kerjasama, penyerahan diri, atau perjanjian damai. Dengan cara ini anda akan menemukan kelemahan dan kemudian saat pasukan musuh sedang beristirahat, seranglah secara langsung ke kubu pertahanannya.


STRATEGI KALAH:

STRATEGI 31:
PERANGKAP INDAH .

Hantar kepada musuh anda perempuan-perempuan cantik yang akan menyebabkan perselisihan di kubu pertahanannya. Strategi ini berfungsi pada tiga peringkat. Pertama, pemimpin akan terpesona oleh kecantikannya sehingga akan melalaikan tugasnya dan tahap waspadanya akan menurun. Kedua, para pihak lelaki akan menunjukkan sikap agresif yang akan menimbulkan perselisihan faham kecil diantara mereka lalu melemahkan kerjasama dan jatuhnya tahap semangat. Ketiga, para perempuan pihak musuh akan terganggu oleh rasa cemburu sehingga akan membuat masalah yang pada akhirnya akan memburukkan situasi situasi.

STRATEGI 32:
KOSONGKAN BENTENG.

Ketika musuh kuat dari segi jumlah dan situasinya tidak memberikan kelebihan kepada anda, maka batalkanlah seluruh muslihat ketenteran dan bertindaklah seperti biasa. Jika musuh tidak mengetahui secara pasti situasi anda, tindakan yang di luar kebiasaannya ini akan meningkatkan kewaspadaan dan curiga . Dengan keberuntungan, musuh akan mengurangkan serangan.

STRATEGI 33:
BIARKAN PENGINTIP MUSUH MENYEBARKAN KONFLIK DI WILAYAHNYA.(GUNAKAN PENGINTIP MUSUH UNTUK MENYEBARKAN MAKLUMAT PALSU)

Perlemahkan kemampuan tempur musuh dengan membiarkan musuh mendapat maklumat palsu. Dengan secara diam dan n bermuslihat,mengada adakan konflik antara musuh dan teman, sekutu, penasihat, komander, tentera, dan rakyatnya.Maklumat palsu akan merosakkan perancangan pihak musuh.

STRATEGI :34
LUKAI DIRI SENDIRI UNTUK MENDAPAT KEPERCAYAAN PIHAK MUSUH. (Masuklah sangkar; jadilah umpan.)

Berpura-pura terluka akan mengakibatkan dua kemungkinan. Kemungkinan pertama, musuh akan bersantai sejenak apabila melihat anda sebagai bukan satu ancaman serius.Keduanya, adalah cara untuk menipu musuh anda dengan berpura-pura luka dan oleh sebab itu musuh akan berasa berpuas hati,aman.

STRATEGI 35:

TAMBATKAN SELURUH KAPAL PUSUH SECARA BERSUSUN: (Jangan sesekali bergantung kepada hanya satu strategi.)

Dalam hal-hal tertentu , anda harus menggunakan beberapa strategi dan dijalankan secara serentak.Melalui strategi berbeza beza-beza yang ddigunakan pada skala besar; seandainya satu strategi gagal, anda masih memiliki beberapa strategi untuk tetap maju.

STRATEGI 36

SELAIN SEMUA STRATEGI DI ATAS, STRATEGI YANG PALING TERKENAL ADALAH STRATEGI 36:

LARI UNTUK BERTEMPUR DILAIN WAKTU.
STRATEGI INI TELAH DIABADIKAN DALAM PEPATAH CINA;
”三十六計,走為上策“ maksudnya "JIKA SELURUHNYA GAGAL., BERUNDURLAH!"

Jika keadaannya jelas bahawa seluruh rancangan anda akan mengalami kegagalan, Pilihan terbaik yang anda patut ambil adalah berundur dan membentuk semula pasukan. Pada ketika pihak anda mengalami kekalahan, hanya ada tiga pilihan iaitu sama ada MENYERAH,BERDAMAI atau MELARIKAN DIRI. Menyerah adalah bermakna kekalahan mutlak, berdamai adalah setengah kalah, tetapi melarikan diri bukanlah satu kekalahan. Selagi tidak kalah, anda masih mempunyai peluang untuk menang di lain waktu!

Monday, February 16, 2009

BERTEMBUNG..!




Kelmarin lebih kurang pukul 8:00 malam ketika berjalan kaki mengambil angin berhampiran kompleks, kedengaran bunyi NGEK..,GEDEDAM !

Bunyi yang tidak enak didengar datang dari arah jalanraya pekan Keningau-Liawan.
Beberapa rakan dan Thefarmer sendiri bergegas ke arah bunyi.Rupanya berlaku kemalangan diantara kenderaan pacuan empat roda dan kereta jenis Sedan.

Sunday, February 15, 2009

SATU MINGGU YANG PANAS!

Setelah minggu minggu hujan berlalu ,Keningau Panas semula.Hujan agak malu segan menjenguk. Thefarmer agak sedikit risau kalau kalau cuaca berterusan kemarau.

Petang tadi sedikit berjerebu.ketika mengetik perkataan ,cuaca masih panas walau jam menghampiri pukul enam.Harap harap hujan datang bertandang malam nanti.Teringat ramalan orang orang tua kalau siangnya panas 'menggigit' petanda hujan akan turun.

Selamat kembali ke pejabat kepada semua yang masih ber'EPF'. Kan esok hari isnin..!!

Friday, February 13, 2009

LABUAN

1- Adapun asal nama LABUAN diceriterakan berasal dari perkataan LABUHAN atau pelabuhan oleh penduduk setempat

2- Dikhabarkan juga pulau LABUAN bersaiz 72km persegi.

3- Kononnya pula semasa pendudukan British,LABUAN dinamakan VICTORIA.

4- Dan semasa Jepun datang mengamuk, dengarnya LABUAN diberi pula nama MAIDA ISLAND.

5- Penduduknya pula terdiri dari komposisi KedayanBrunei (77.92%),Cina (15.47%),India (1.28%),lain lain(5.22%)

6- Katakan anda bercadang nak ke LABUAN,dimana tempat yang menjadi tarikan;
a) Taman Burung
b) Muzium Maritim
c) Memorial WW2
d) Kedai 'duty free' depan pelabuhan.
e) Yang lainnya cuba cuba cari sendiri lah ya..!

Selamat berlancongan ke LABUAN .JIKA NAK LEBIH 'TRIL', SILA NAIK BOAT LAJU DARI SIPITANG KE LABUAN PULA!

Wednesday, February 11, 2009

KENINGAU DULU

HARI INI, KHAMIS DI BULAN FEBRUARI, DUA KOSONG KOSONG SEMBILAN

MUNGKIN......

1- Jika anda ke pejabat sebelah paginya, akan terdengar soksek soksek rakan tentang nombor ramalan 4 angka yang dibeli sehari sebelumnya.

2- Anda teruja kerana esok hari Jumaat ,hari terakhir bekerja minggu ini.

3- Ketika memandu sebelah paginya, anda sedikit geram dek sesaknya jalanraya.

4- Ketika datang pejabat sebelah pagi, beberapa rakan lain berkumpul,berborak,sesetengahnya sambil merokok dan dengan wajah wajah ceria.

5- Atau mungkin,mungkin,mungkin.....

KENINGAU DAN KE KENINGAU

Nama Keningau dikatakan berasal dari nama sejenis pokok 'Kayu Manis' @ 'Cinnamon dan biasa dipanggil pokok 'Koningau' bagi masyarakat setempat.

Keningau boleh dilawati melalui lima jalan masuk utama ;
1- Kota Kinabalu -Papar-Kimanis-Keningau = +/- satu 2jam perjalanan
(melalui banjaran Crocker dengan pemandangan indah,hutan,laut kimanis,berkabus tebal,jalanraya aspal dan curam dibeberapa bahagian.)

2- Kota Kinabalu-Penampang-Gunung Mas-Tambunan-Keningau = 2 1/2 jam perjalanan
(melalui banjaran Crocker dengan pemandangan hutan,sedikit berkabus,sawah padi,berliku,jalanraya aspal.)

3- Sandakan-Telupid-Ranau-Tambunan-Keningau = 5 jam
(Jika tidak memandu atau menumpang rakan, perjalanan akan diisi dengan 'TIDUR',bercerita dan 'TIDUR SEMULA' dek perjalanan yang panjang ,keadaan jalan sebahagiannya tidak berturap diantara Ranau dan Tambunan - Selain itu, bolehlah sambung tidur anda...!

4- Tawau-Kalabakan-Sepulut-Nabawan-Sook-Keningau
(pemandangan hutan,ladang kelapa sawit,sebahagian jalan tidak berturap antara kalabakan-Sepulut.)
5- Sipitang-Sindumin-Tenom-Keningau
Bagi mereka yang memulakan perjalanan dari negara Brunei atau Sarawak dan menuju ke Keningau,disyorkan memilih jalan pintas ini - keadaan jalan = berturap

Sunday, February 8, 2009

RAGAM PEJABAT 3 - KONON KONON BOS..!

Katakan anda adalah ketua atau ' konon konon bos' ditempat kerja anda ; Mungkinkah anda begini ? :

1- Buat buat wajah serius setiap kali berada di tempat kerja - Wal hal nampak tidak garang pun......
2- Menengking anggota bawahan yang melakukan kesilapan di tempat terbuka? - Jangan amalkan .panggil ke dalam pejabat anda dan nasihatkan.
3- Katakan susuk badan anda kecil ,adakah anda selalu mengeluarka perkataan , " Aku ni... nampak kecil.., tapi pen ku tu laju menulis...." - Kononnya nak tunjukkan yang anda punya kuasa.
4- Sering datang ke pejabat awal kemudiannya 'hilang' dan cuma datang semula pukul 3-4 petang -Jangan begitu bos.., walaupun anda ketua ,KEPIMPINAN MELALUI TELADAN!
5- Susah menerima cadangan dari anggota bawahan untuk menjaga image/ego - Bos tidak sentiasa betul..
6- Teruja dengan puji pujian dari staf anda terutamanya ketika anda berfesyen(rambut) baru ,berbaju/berkasut baru , beli kereta baru - Mungkin bodek tu...
7- jarang atau tidak minum/sarapan semeja dengan anggota bawahan dan anda cuma duduk dengan rakan rakan yang sejawatan dengan anda - Jangan begitu bos....join lah bah,apa juga...
8- Cepat panik (terlompat sana terlompat sini sehingga nampak tidak 'cool' ) bila sesuatu masalah timbul - Bawa bertenang..,tarik nafas panjang panjang..Semua masalah ada penyelesaian.

HORMATI RAKAN SEPEJABAT KIO....SAMA SAMA CARI MAKAN!

KENINGAU FM

Pagi tadi bangun agak awal dek rutin pagi harian yang perlu dilangsaikan.Ketika memandu sempat mendengar saluran KeningauFM .DJ penyampai memang menghiburkan.

Secara keseluruhannya 'tabik spring' buat semua warga Keningau FM . Sememangnya menghiburkan dengan celoteh DJ DJ yang mencuit hati.

Cumanya ,Thefarmer beberapa kali cuba, mencuba dan mencuba 'connect' dengan link Keningau FM tetapi setakat ini belum berjaya 'ter connect.'

BAGAIMANA YA..? KENAPA YA..?

Friday, February 6, 2009

Thursday, February 5, 2009

BANGAU OH BANGAU....

Lagu dan lirik BANGAU OH BANGAU sebenarnya merupakan puisi sindiran terhadap sikap individu yang meletakkan kesalahan/kelemahan sendiri ke atas orang lain.
Liriknya yang berbunyi ;

BANGAU OH BANGAU,MENGAPA ENGKAU KURUS ?
BAGAIMANA AKU TAK KURUS,IKAN TAK MAHU TIMBUL..

IKAN OH IKAN MENGAPA ENGKAU TAK TIMBUL?
BAGAIMANA AKU TAK TIMBUL, RUMPUT PANJANG SANGAT...

RUMPUT OH RUMPUT,MENGAPA KAU PANJANG SANGAT?
BAGAIMANA AKU TAK PANJANG, KERBAU TAK MAKAN AKU...

KERBAU OH KERBAU , MENGAPA TAK MAKAN RUMPUT?
BAGAIMANA AKU NAK MAKAN, PERUT AKU SAKIT..

Dan begitulah selanjutnya.


Antara mesej tersirat yang cuba disampaikan melalui lagu ini adalah ;

1- JANGAN PERASAN BAGUS!
2- KALAU SILAP, BELAJAR MENGAKUI KESILAPAN DAN SETERUSNYA MENCARI PENYELESAIAN.
3- JANGAN ASYIK SALAHKAN ORANG LAIN!
4- KALAU SAKIT PERUT SILA BERJUMPA DOKTOR!
5- BELAJAR BERDIKARI!
6- KALAU ANDA JADI IKAN, JANGAN TIMBUL TIMBUL NANTI DIMAKAN BANGAU.
7- KALAU ANDA JADI KERBAU,JANGAN ASYIK MAKAN RUMPUT.CUBA CUBA PULA GIGIT BESI ATAU KULIT KAYU!
8- KALAU ANDA JADI BANGAU, RAJIN RAJIN LAH KE 'GYM'.

OPSS..! Sebentar tadi ternampak bangau diatas badan kerbau. maksud tersirat..????

PANTUN SANG KATAK..!!

Lompat si katak lompat
Lompatnya pergi sebelah
mungkin lompat atau terlompat
atau mungkin lompat berhelah

lompatnya bukan kepalang
bikin lopaknya berkocak bergoyang
sangkakan lompat sekadar wayang
rupanya lompat tak alang alang

Lompat yang satu pergi menyeberang
sampai seberang lagaknya garang
rupanya lidah tertambat di tiang
mahu tak mahu balik mengerang.

lucu rasa gelagat si katak
melompat meronta tidak berwatak
hati tertawa berdahak dahak
sampai tersembur semua kahak.

Tuesday, February 3, 2009

BORNEO.., DIMANA..??!!!

SLOW, HABUK....!




Atas satu urusan, Thefarmer sempat melalui salah satu jalan kampung di luar pekan keningau.Jalannya tidak bertar dan hanya dapat dilalui kenderaan pacuan empat roda dengan sebuah kenderaan untuk satu satu masa.

Sebahagiannya berlumpur,beralun,berhabuk dengan satu bahagiannya runtuh separuh. Ketika melalui satu selekoh,ternampak tanda jalan yang agak menarik dengan tulisan , "SLOW! ABUK BA " dengan gambar 'lastik' sebagai amaran.

Makanya ketika melalui jalan tidak berturap dan berhabuk, SILA PERLAHANKAN KENDERAAN !! (Nanti kenderaan di lastik)

BAKAL MERTUA......

Katakan anda sedang dilamun cinta dan buat pertama kalinya ke rumah buah hati untuk berkenalan dengan ibubapa atau bakal mertua - APA YANG PATUT DAN APA TIDAK PATUT ANDA LAKUKAN ?

1- Rancang masa pertemuan.
2- Berpakaian kemas.Bagi sang lelaki yang memasang anting anting di bibir atau di hidung , sila buka ...!!!!!
3- Ketika bertemu , harus bersalaman. Perkenalkan diri dengan sopan .
4- Sepanjang pertemuan, buat buat 'cool' tapi jangan 'over'.
5- Beri perhatian ketika bakal mertua bercerita.Jangan buat muka boring.
6- Jika anda dijamu dengan minuman panas (kopi/teh/nescafe/) sila minum dan kalau boleh biarlah balik balik menambah kononnya hidangan minum tadi memang 'kaw!'
7- Jika anda diajak minum tapai/beer/chivas/stout, kalau boleh buat buat lah berlakon yang anda tidak biasa minum walaupun sebenarnya boleh tahan sampai pagi..!!!
8- Katakan anda minum juga tapai/beer/vodka... untuk menjaga hati, jangan minum terlalu banyak dan ketika anda mula berasa sedikit 'kick' , sila buat buat 'cool' jangan terlalu banyak bercakap kerana kemungkinannya lidah anda mula kebas, dan cerita meleret leret!
9- Jika anda mulakan perbualan dengan bakal bapa mertua dengan panggilan 'uncle',sila teruskan ! Jika anda memilih untuk memanggil 'pak cik' , jangan tersasul terpanggil 'PAK..!'

SELAMAT MENCUBA DAN 'GOOD LUCK..!!'

Monday, February 2, 2009

KETIKA MEMANDU..



Beberapa perkara atau tips yang mungkin boleh dikongsikan bersama ketika sedang memandu ;

1- Rancang perjalanan - masa dan laluan yang patut diambil.
2- Menjangkakan kemungkinan - ketika melalui jalan yang di kiri dan kanan bahu jalan bersemak , perlahankan kelajuan untuk mengelakkan haiwan yang kemungkinannya meluru secara tiba tiba.
3- Berhenti atau berehat di tempat yang selamat jika letih atau mengantuk terutamanya bagi perjalanan yang jauh.
4- Ketika memandu di bandar dan kebetulannya melintas gadis yang agak 'seksi', tolong........ jangan hilang kawalan.mata jangan melilau.
5- Ketika memandu di bandar dan ditemani kekasih atau isteri dan tiba tiba ternampak gadis cantik sedang berjalan kaki, JANGAN MENOLEH KE ARAH GADIS TERSEBUT - Kalau boleh ,jeling saja dan jangan sampai kedapatan dek pasangan!
6- Ketika memandu dan secara tidak sengaja ternampak Thefarmer, SILA BERHENTI DAN KALAU BOLEH AJAK AJAK LAH PEKENA NESCAFFE KURANG MANIS + NGAU CHAP.( Tapun tapun )

SELAMAT MEMANDU,SELAMAT SAMPAI...!!!