Monday, February 2, 2009

KETIKA MEMANDU..



Beberapa perkara atau tips yang mungkin boleh dikongsikan bersama ketika sedang memandu ;

1- Rancang perjalanan - masa dan laluan yang patut diambil.
2- Menjangkakan kemungkinan - ketika melalui jalan yang di kiri dan kanan bahu jalan bersemak , perlahankan kelajuan untuk mengelakkan haiwan yang kemungkinannya meluru secara tiba tiba.
3- Berhenti atau berehat di tempat yang selamat jika letih atau mengantuk terutamanya bagi perjalanan yang jauh.
4- Ketika memandu di bandar dan kebetulannya melintas gadis yang agak 'seksi', tolong........ jangan hilang kawalan.mata jangan melilau.
5- Ketika memandu di bandar dan ditemani kekasih atau isteri dan tiba tiba ternampak gadis cantik sedang berjalan kaki, JANGAN MENOLEH KE ARAH GADIS TERSEBUT - Kalau boleh ,jeling saja dan jangan sampai kedapatan dek pasangan!
6- Ketika memandu dan secara tidak sengaja ternampak Thefarmer, SILA BERHENTI DAN KALAU BOLEH AJAK AJAK LAH PEKENA NESCAFFE KURANG MANIS + NGAU CHAP.( Tapun tapun )

SELAMAT MEMANDU,SELAMAT SAMPAI...!!!

No comments: