Lompat si katak lompat
Lompatnya pergi sebelah
mungkin lompat atau terlompat
atau mungkin lompat berhelah
lompatnya bukan kepalang
bikin lopaknya berkocak bergoyang
sangkakan lompat sekadar wayang
rupanya lompat tak alang alang
Lompat yang satu pergi menyeberang
sampai seberang lagaknya garang
rupanya lidah tertambat di tiang
mahu tak mahu balik mengerang.
lucu rasa gelagat si katak
melompat meronta tidak berwatak
hati tertawa berdahak dahak
sampai tersembur semua kahak.
Thursday, February 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment