Friday, January 30, 2009

Kenapa Thefarmer....?





Thefarmer memulakan kerjaya dengan menyertai salah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar di malaysia kira kira 16 tahun yang lalu dan memilih untuk berhenti kerja bulan November ,2007.

sepanjang 16 tahun bekerja sememangnya banyak perkara menarik dan tidak kurang juga perkara tidak syok untuk diimbau semula.Sebelum nekad mengambil keputusan untuk berhenti kerja tentunya Thefarmer mengambil kira segala kemungkinan ,implikasi, dan tanggung jawab terhadap keluarga dan masa depan. Mungkin satu perkara yang membuatkan Thefarmer kuat dan berani buat keputusan adalah atas kepercayaan bahawa Thefarmer adalah seorang 'survivor'.

Thefarmer sudah mengalami dan melalui banyak perkara dalam hidup dan atas kepercayaan ini Thefarmer yakin, Thefarmer akan dapat melalui segala kemungkinan atas pilihan yang diambil.
Thefarmer bertuah kerana dianugerahkan keluarga yang bahagia, memahami dan sentiasa memberikan sokongan.

Bidang yang Thefarmer pilih selepas 'pencen awal' rasanya terlalu berbeza dengan pengalaman lebih sepuluh tahun bekerja namun Thefarmer percaya, kalau Tuhan izinkan dan berkati , nescaya segalanya akan berjalan seperti yang sepatutnya.

2 comments:

Fire777 said...

Kenapa muka bos no murung ja. Sapi kurang susu ka? Dengar2 Keningau akan dijadikan pengeluar dan penternak sapi yang terbesar di Asia. Wah untung nya bos ni kan. Inda sia-sia tinggalkan pekerjaan lama. Saya & kawan-kawan sini sentiasa menyokong bos. menjadi Penternak moden ni bukan nya senang kan, saya betul2 suspek eehhh respek la sama bos ni.... kerana sabar untuk memulakan benda yang baru diceburi dan sekarang sudah mula menikmati hasil usaha sendiri. Saya rasa memang bos ni rasa puas kan kalau dibanding dengan kerja makan gaji selama 16 tahun tu. Tapi bos kalau gambar yang nampak muka tu ceria la sikit, ni inda macam banyak masalah pula. atau masa begambar tu nyamuk gigit kali kan. ok la tahniah atas kejayaan bos sekarang dan semoga lagi sukses lagi dimasa-masa akan datang. Harap-harap 1 masa nanti adalah 1 orang kawan kami yang tersenarai dalam top 5 penternak yang paling berjaya di Asia....... :-)

Thefarmer said...

Terima kasih banyak banyak buat komen dan sokongan. Yang gambar nampak tidak ceria tu sebenarnya kesejukan bah tu,sebab awal pagi. nanti Thefarmer ambil gambar yang senyum kio... hehe....