Tuesday, February 3, 2009

BAKAL MERTUA......

Katakan anda sedang dilamun cinta dan buat pertama kalinya ke rumah buah hati untuk berkenalan dengan ibubapa atau bakal mertua - APA YANG PATUT DAN APA TIDAK PATUT ANDA LAKUKAN ?

1- Rancang masa pertemuan.
2- Berpakaian kemas.Bagi sang lelaki yang memasang anting anting di bibir atau di hidung , sila buka ...!!!!!
3- Ketika bertemu , harus bersalaman. Perkenalkan diri dengan sopan .
4- Sepanjang pertemuan, buat buat 'cool' tapi jangan 'over'.
5- Beri perhatian ketika bakal mertua bercerita.Jangan buat muka boring.
6- Jika anda dijamu dengan minuman panas (kopi/teh/nescafe/) sila minum dan kalau boleh biarlah balik balik menambah kononnya hidangan minum tadi memang 'kaw!'
7- Jika anda diajak minum tapai/beer/chivas/stout, kalau boleh buat buat lah berlakon yang anda tidak biasa minum walaupun sebenarnya boleh tahan sampai pagi..!!!
8- Katakan anda minum juga tapai/beer/vodka... untuk menjaga hati, jangan minum terlalu banyak dan ketika anda mula berasa sedikit 'kick' , sila buat buat 'cool' jangan terlalu banyak bercakap kerana kemungkinannya lidah anda mula kebas, dan cerita meleret leret!
9- Jika anda mulakan perbualan dengan bakal bapa mertua dengan panggilan 'uncle',sila teruskan ! Jika anda memilih untuk memanggil 'pak cik' , jangan tersasul terpanggil 'PAK..!'

SELAMAT MENCUBA DAN 'GOOD LUCK..!!'

No comments: