Sunday, February 22, 2009

BERKAHWIN

Katakan anda ke pekan untuk satu urusan dan tepandang pasangan lelaki - perempuan sama ada sedang berjalan atau duduk di restoran.

Bagaimana anda tahu sama ada pasangan tersebut sudah berkahwin?

1- Ketika berjalan si lelaki berada di depan(dengan gaya berjalan ala beliau beliau dan sesekali menoleh ke belakang ke arah pasangannya..)manakala si perempuan di belakang (juga dengan gaya berjalan 'cincai').

2- Jalan bersamping tetapi si lelaki dan perempuan dengan riak wajah 'tension.'

3- Ketika berjalan bersama ,si lelaki berpakaian lusuh (cincai) manakala si perempuan 'bergaya'

4- Ketika duduk minum di restoran,si lelaki dan perempuan tidak banyak bercerita atau si lelaki asyik melayan rokok.Jika terbawa surat khabar ,si lelaki lebih banyak membaca surat khabar manakala pasangannya khusyuk makan.

5- Ketika duduk minum di restoran, posisi badan si lelaki agak sedikit 'mengiring'sambil kaki bersilang manakala pasangannya menghadap si lelaki dengan cara duduk sedikit bongkok.

1 comment:

GC said...

teori yang menarik tau hehehe.

terima kasih kerana sudi berkongsi :D