Beberapa minggu yang lepas kawan ada syorkan untuk cuba cuba dengar siaran radio Keningau FM.Saya pun dengarlah siaran saluran KFM.Dengar punya dengar ,beberapa kali punya dengar inda pernah pun dengar suara 'DJ'nya.Lagu 'ON Air' pula balik balik itu.... saja.Saya tertanya tanya juga,mana pigi DJ dia.Dalam hati saya bilang, 'Batapuk' mangkali.
Kemudiannya mau dijadikan cerita ,pagi tadi dengar balik saluran KFM. Uiinaa kau....
Ada sudah tukang cakap dia.'Trade Mark' dia konon lebih kurang begini, "Hebat..,hebat..,siok bah..".Kalau buat rating ,DJ dia saya bagi 3 1/2 bintang.
Lagu yang dimainkan pula eemmm..., ok jugalah...Bulihlah....
Tuesday, December 30, 2008
Monday, December 29, 2008
Terima Kasih kepada Telefon Awam yang banyak membantu semasa zaman kegemilangannya.Sebagai salah seorang yang pernah terlibat secara langsung didalam industri ini, saya sempat melihat kitaran kepenggunaan dan populariti benda ini sebelum fungsinya diambil alih oleh telefon bimbit.
Perlakuan vandalisma menjadi antara cabaran terbesar.Bukan kadang kadang sebaliknya tiap tiap hari malah ada masanya puluhan kes dalam sehari menjadikan kos operasi kemudahan ini mencongak naik.
Saya percaya kemudahan dan fungsi telefon awam akan terus bertahan untuk beberapa tahun mendatang dengan syarat beberapa pengubahsuaian dibuat pada alat itu sendiri.Sebagai contoh; kalau sekarang fungsinya cuma satu iaitu membuat panggilan ,beberapa ciri lain harus ditambah atau diubahsuai.Membolehkan pelayaran internet melalui telefon awam.Membolehkan pembayaran lain lain bil melalui kad prabayar disamping beberapa ciri yang lain.
Saya percaya juga teknologi tidak menjadi masalah.Halangan terbesar adalah prosidur birokrasi pihak berkepentingan serta keinginan untuk berubah.Dan masih menjadi impian saya ,satu hari nanti dapat membaca email melalui telefon awam.
Saturday, December 27, 2008
PAGI TADI
Pagi tadi bermundar bermandir
keliling pekan melihat terlihat
'ayi' tua berjalan berstokin berkasut getah
menggendong gumpalan nombor nombor ramalan
Pagi tadi tangan memutar stereng
banyaknya kereta membikin sesak
hati rasa bagai nak marah bersahut harap
mungkin bilakah keadaan reda
Pagi tadi memesan kopi di warong biasa
melintas si kawan vutun bersama rokok rokoknya
memanggil melanggan beberapa kotak 'LA'
khabar si kawan bisnisnya makin rudum
dek persaingan di gelanggang yang sama
Pagi tadi sempat juga singgah di kampung
bercincong sebentar meninjau ninjau
si 'mamai',si 'beliau',si polan sibuk berbincang
gerangannya apa 'Haiwan' muncul petang nanti?
hati lali berbaur bertanya berbaur berharap
Pagi tadi cuacanya sejuk bersahaja
masuk pekan mengintai 'parking'
sesaknya memaksa keliling sekali dua kali
petunjuk pekan semakin membangun
petunjuk penduduk ekonominya bagus
atau petunjuk perancangan bandarnya agak tersasar
Pagi tadi sebelum pulang
terpintas pandang pada si makcik
duduk bersepuh bersama si kecil di kaki lima
menanti pelanggan dengan jualan kotak kotak asapnya
melihat si kecil hati rasa terkesan
apa kan daya empunya diri bukan 'hero'

Wednesday, December 24, 2008
SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL
Besok hari Natal tiba lagi.
Seminggu lagi, tahun bakal bertukar.
Pencapaian 2008 patut direnung.
harapan 2009 bagaimana?
Belek belek, selak selak, pokoknya hidup kena di teruskan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2008!!
Seminggu lagi, tahun bakal bertukar.
Pencapaian 2008 patut direnung.
harapan 2009 bagaimana?
Belek belek, selak selak, pokoknya hidup kena di teruskan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2008!!
Monday, December 15, 2008
HARI INI
Sebelah petangnya berkesempatan minum petang dengan isteri dan dalam perjalanan balik empunya diri ternampak replika LEMBU TENUSU yang diperbuat daripada konkrit di perkarangan DOVSAI keningau.Rasanya saya memberikan lima bintang kepada kehalusan seni sipembuat replika tersebut kecuali pilihan warna yang pada pengamatan saya ,agak tidak berapa ngam.
Sebelah petangnya juga sempat ke MJ DAIRY FARM untuk melihat lihat,berfikir fikir, merancang rancang apa apa perkara yang patut dibuat seterusnya.
Balik dari MJ DAIRY FARM, melayari internet dan terbaca pula artikel penurunan harga minyak diesel dan petrol.
Pertandingan Dart
Hujung minggu lalu saya berkesempatan mengikuti pertandingan dart yang diadakan di keningau.Pertandingan diadakan melalui format beregu.
Walaupun menjadi pasukan teratas dalam kumpulan dan pasukan pertama layak ke pusingan seterusnya, juga menjadi pasukan pertama tersingkir pada pusingan berikutnya pula.
Kenapa ya...?? Mungkin.., mungkin.., mungkin...,???@%$#!^

Saturday, December 13, 2008
HARI LADANG DOVSAI
Tanggal 24.11.2008 lalu saya berpeluang hadir ke majlis HARI LADANG peringkat negeri Sabah yang diadakan di perkarangan Jabatan Perkhidmatan haiwan dan perusahaan Ternak ,Keningau.secara peribadinya dan melalui pengamatan saya, saya mengucapkan tahniah kepada seluruh AJK Pelaksana program tersebut .Tetamu yang hadir sememangnya ramai dan para VVIP,YB, Datuk dan sebagainya rasanya turut berbangga dengan kelancaran majlis.
Monday, December 8, 2008
CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN
Pertama kalinya pada tahun ini saya berpeluang bercuti bersama keluarga di beberapa tempat sekitar Sabah.Paling lamanya berada di Pulau Labuan yang kebetulannya majlis perkahwinan saudara saya berlangsung.
Tidak seperti tahun tahun sebelumnya semasa masih bekerja dengan salah sebuah syarikat telekomunisasi,kesempatan begini agak sukar diperolehi dek tuntutan kerja.
Paling mengujakan bila berada di Labuan dengan kehadiran ahli keluarga yang baik, dengan harga rokoknya yang murah,dengan 'MINUMANNYA' yang murah dan dengan kehidupan malamnya yang ceria.
Perjalanan pulangnya pula menyusuri Menumbuk, menaiki ferri di Kuala Penyu,melintasi Binsulok,Pimping,Kimanis dan akhirnya Keningau.
Rasanya mahu ke Labuan lagi dalam waktu terdekat!

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA
saya mengucapkan SELAMAT MENTAMBUT EIDUL ADHA kepada ahli keluarga dan rakan rakan yang beragama Islam.Semoga meriah hendaknya.
Sunday, November 30, 2008
Sunday, October 5, 2008
HUJAN MULA TURUN
Setelah lebih kurang 2 minggu kemarau,hujan mula turun di sekitar Keningau.Bermula dengan semalam dan kemudiannya petang ini, rumput rumput mula berpesta semula.
Hujan turun agak 'cantik'. Agak lebat tapi tidak terlalu lama.
Malam ini mungkin akan keluar cerita cerita dengan kawan sambil main dart. Besoknya rutin tetap diteruskan macam biasa.Ke ladang, ke Pusat Pengumpulan Susu dan buat apa apa yang patut.
Selamat menyambut minggu yang baru pada besoknya!

Friday, October 3, 2008
KENINGAU PAGI INI
Pagi cerah,agak panas walaupun semalam hujan turun setelah lebih kurang 2 minggu kemarau.Sempat bersarapan dengan sahabat penternak,tanya ini jawab ini, tanya itu jawap itu sambil bual bual tentang ladang.
Kenderaan di atas jalan tidak sesibuk seperti biasanya.Mungkin masih beraya atau belum bangun.Belek-belek surat khabar,tiada berita mengujakan.Yang banyaknya, tentang politik.Ada yang mengampu ,ada yang bercakaran.
Pagi ini tiada kelainan tapi tidak boring.

Monday, August 11, 2008
Monday, July 28, 2008
BANJIR DI CROCKER
Kelmarin (27.07.08) sekitar jam 7:00 petang dan ketika dalam perjalanan balik ke Keningau daripada Tuaran ketika cuma lebih kurang 15 minit pemanduan ke Gunung Mas ,berlaku banjir lumpur yang menyebabkan puluhan kenderaan terpaksa bersesak dan tidak dapat meneruskan perjalanan.
Melihat kepada aliran banjir lumpur yang semakin deras ,yang saya percaya akibat tanah runtuh dek hujan lebat memaksa saya dan isteri berpatah balik ke Kota Kinabalu dan meneruskan perjalanan pulang melalui jalan Keningau-Kimanis.
Beberapa kenderaan lain juga kelihatan berpatah balik dan harapan saya semoga semua kenderaan yang terkandas di situ selamat menuju destinasi masing masing.

Wednesday, July 23, 2008
Memburu Senyum . ( Belajar Berpuisi )
Munculnya entah dari mana,
menggenggam harapan ,menyusun langkah,
bermimpikan langit, bersandarkan harapan,
mengosongkan nostalgia, menciptakan esoknya,
perjudikan siangnya , memburu senyum,
sangkakan malam bertebarkan lampu,
jadinya siang diulit gerhana.
Mana taulan dikata sejati,
bila belakang direntap ditusuk,
mana jiwa dikata bulat bila hati dibelah belah.
Mungkinkah esok bisa mulanya,
dengan harapan persis mulanya,
mungkinkah esok mentari menyapah,
berpentaskan bohong ,berselimutkan kasih.

Thursday, June 5, 2008
MINYAK NAIK!!!
Kenaikan harga minyak yang diumumkan kelmarin menyebabkan kesesakan teruk di Pekan Keningau dengan deretan kenderaan yang berbaris sepanjang satu kilometer atau mungkin lebih.
Saya,yang juga telah 'terperangkap' bersama kenderaan lain hanya dapat keluar daripada kesesakan itu hanya selepas kira kira satu jam dan lima minit,saya ulang satu jam dan lima minit.
Dalam melayan seksaan perangkap kenaikan minyak tersebut timbul beberapa sungutan bercampur omelan yang terpacul dari fikiran.
Semestinyakah harga minyak dinaikkan sebegitu melambung? Bagaimana dengan mereka yang berpendapatan RM 1500 sebulan dan ke bawah, yang jarak rumahnya 7.5 kilometer dari tempat bekerja berulang alik ke tempat kerja? Bagaimana dengan kos yang lainnya ( Tambang bas, tambang bas sekolah, harga makanan pelajar di kantin sekolah)? Bagaimana dengan harga barangan secara umumnya ? Bagaimana dengan harga perkhidmatan?
Fuhh... Pening ,Pening.....?

Monday, May 26, 2008
PESTA MENUAI KG BINGKOR BARU
Thursday, May 22, 2008
KENINGAU HARI INI-kesesakan jalan raya
Memulakan rutin harian dengan menghantar anak ke sekolah dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat di atas jalan raya, dengan kesesakan yang kadang kalanya disusuli dengan sungutan lantas menjelmakan beberapa persoalan di fikiran.
Mungkinkah ini petanda taraf ekonomi penduduk Keningau telah meningat menjangkaui ramalan/ekspetasi para perancang bandar?
Mungkinkah para berwajib punya, sedang melaksanakan apa apa langkah sebagai penyelesaian?
Mungkinkah masalah ini dapat dikurangkan/diatasi dalam kerangka masa lima tahun terdekat ini?
Fuuh.. dalam melayani persoalan demi persoalan berbaur sungutan yang menemani pemanduan akhirnya 'signal' belok ke kanan terpaksa diketik memasuki halaman rumah.
Monday, May 19, 2008
DART
Hari Jumaat lalu saya berkesempatan menyertai pertandingan dart tertutup Keningau bertempat di Stella Grilled Island, Kg Keningau. Lokasi pertandingan sememangnya cantik dan walaupun itu merupakan kunjungan pertama, komen saya adalah ' lokasinya memang menarik!'
Pertandingan dibuat melalui sistem beregu dan saya berpasangan dengan sahabat baik saya, John dan berjaya menduduki tempat ketiga. Syoknya permainan dart seperti juga lain lain permainan adalah kesempatan bertemu kawan kerana pada saya ada masanya kita perlu 'JALAN JALAN JUMPA KAWAN!'.
Sunday, May 11, 2008
PUSAT PENGUMPULAN SUSU
Pusat Pengumpulan Susu atau biasa dipanggil MCC dikalangan penternak lembu tenusu di daerah pedalaman terletak kira kira 3.5 km dari pekan Keningau.
Di pusat inilah pihak JPHPT,Keningau membuat penerimaan hasil tenusu daripada para penternak dengan prosidur yang ketat bagi menjamin kualiti yang tinggi.Masa penghantaran pula dibenarkan antara pukul 7 hingga 9 pagi dan pukul 2 ke 4 pada sebelah petangnya dan dengan kawalan masa yang ketat ini tidak hairan para penternak terpaksa menyesuaikan masa penghantaran dan perkataan 'ikut barisan' adalah bagi menugggu giliran sekiranya beberapa kenderaan pengusaha industri ini terpaksa berbaris panjang.
Terdapat juga sesetengah kes ( jarang berlaku ) dimana penternak terpaksa membawa balik hasil tenusu mereka kerana tidak mencapai standard yang ditetapkan.Terdapat beberapa sebab kenapa susu ini gagal mencapai standard yang ditetapkan. Antaranya adalah kaedah pemerahan susu yang tidak sempurna,tahap kebersihan mesin pemerah yang lemah, sistem penyimpanan di peti sejuk (masalah bekalan kuasa,suhu peti sejuk rendah,dsb),penghantaran lewat ke pusat pengumpulan susu dan sebagainya.
Rasanya para penternak Lembu Tenusu Keningau perlu berterima kasih dengan para petugas di Pusat Pengumpulan Susu kerana feksibiliti,tanggungjawab, bantuan dan dedikasi mereka dalam membantu melicinkqan proses penerimaan hasil tenusu ini.
Friday, April 18, 2008
TERKENANG KENANG (PART 2)
Suasana kampung dengan belukarnya,pokok tengginangnya,sungainya yang jernih tentu sekali hanya tinggal sejarah sekarang yang hanya sempat dirasai generasi kami sehingga seawal tahun 80 an.
Perkataan meragus ( membajak sawah menggunakan kerbau ) pastinya sesuatu yang asing sekarang tapi itulah aktiviti indah yang pernah kami lalui.
Masa berlalu , keadaan juga berubah. Tentu sekali semua itu cuma tinggal kenangan sekarang dengan kehidupan yang serba serbinya pantas,semangat kekitaan yang semakin tipis, panorama kampung yang berubah dan 'lifestyle' yang juga mengengsot mengikut masa .
Fuhh.....!! agaknya dan seharusnya saya bersyukur dapat merasai itu semua yang pastinya akan sentiasa lekat diingatan saya.

Sunday, April 13, 2008
TERKENANG KENANG (PART 1)
Saya dibesarkan dan melalui zaman kanak kanak sebagai budak kampung dalam suasana kampung yang rasanya cukup berbeza dengan sekarang.Seingat saya, awal tahun 70an dengan tiadanya bekalan air paip,sungai menjadi sumber yang sangat berharga.
walaupun serba-serbinya sederhana tapi bila sampai bab 'cari sayur' ,rasanya bukan menjadi satu masalah pada ketika itu. Saya masih ingat aktiviti menangkap ikan yang paling popular dikalangan kanak kanak yang berumur antara 7-10 tahun yang biasa kami panggil 'mongias' dalam bahasa dusun.'Mongias' dilakukan dengan mencari kawasan anak sungai yang kecil, menampan aliran masuk dan keluar air sungai dan kemudiannya 'mongias' atau menceduk keluar air daripada bahagian yang telah diempang sehingga hampir kering .Kemudiannya aktiviti 'monomol' (mencari/menangkap) ikan yang terperangkap dengan menggunakan kemahiran tangan dan akhir sekali setelah selesai, empangan kecil tadi akan dibuka untuk membolehkan air sungai mengalir semula seperti semulajadinya.
Sayuran pula, Lomiding adalah antara jenis sayuran yang popular dan senang diperolehi pada masa itu dan biasanya menjadi alasan untuk meredakan amarah emak yang mendapati saya keluar rumah 'curi curi' semasa ketiadaannya.
Aktiviti melastik burung,bermain gasing,layang layang,main galah,main 'singakan' dan mandi manda di sungai merupakan rutin ketika itu.Berbanding sekarang,sebahagian besar permainan kami pada masa itu adalah hasil kreativiti dan kemahiran tangan kami sendiri.

Sunday, March 23, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)