Saturday, January 31, 2009
TAHAN SAMPAI RUSAK..!!
Seminggu lepas sempat ke kedai 'Hardware', mencari enjin pam air.Kebetulannya empunya kedai atau towkay adalah kenalan lama ,juga merupakan sahabat Thefarmer.Setelah beberapa ketika berborak,Thefarmer menanyakan jenis mesin yang ingin dibeli.
Bincang dan berbincang, akhirnya Thefarmer bertanya pada towkay, " tahan kah ni barang..? " Kemudiannya dengan selamba sambil berlawak , towkay menjawab, " Tahan sampai rusak ni.....! "
PUN.. SIANG TADI.
Seperti biasa ketika matahari tegak di kepala, sempat melalui lorong lorong di sekitar bandar.Dalam asyik melayani stereng mobil, berselisih dengan beberapa kenderaan lain dengan beberapa perkataan yang tertera di bahagian atas cermin . Antara yang mampu teringat ;
1) " BULIH BAH KALAU KAU......!!"
2) " LIWA LIWA...!"
3) " NAPA , KAU JEALOUS..?! "
4) " MONDOU! "
5) " MANSAU ANSAU..! "
1) " BULIH BAH KALAU KAU......!!"
2) " LIWA LIWA...!"
3) " NAPA , KAU JEALOUS..?! "
4) " MONDOU! "
5) " MANSAU ANSAU..! "
Friday, January 30, 2009
Kenapa Thefarmer....?
Thefarmer memulakan kerjaya dengan menyertai salah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar di malaysia kira kira 16 tahun yang lalu dan memilih untuk berhenti kerja bulan November ,2007.
sepanjang 16 tahun bekerja sememangnya banyak perkara menarik dan tidak kurang juga perkara tidak syok untuk diimbau semula.Sebelum nekad mengambil keputusan untuk berhenti kerja tentunya Thefarmer mengambil kira segala kemungkinan ,implikasi, dan tanggung jawab terhadap keluarga dan masa depan. Mungkin satu perkara yang membuatkan Thefarmer kuat dan berani buat keputusan adalah atas kepercayaan bahawa Thefarmer adalah seorang 'survivor'.
Thefarmer sudah mengalami dan melalui banyak perkara dalam hidup dan atas kepercayaan ini Thefarmer yakin, Thefarmer akan dapat melalui segala kemungkinan atas pilihan yang diambil.
Thefarmer bertuah kerana dianugerahkan keluarga yang bahagia, memahami dan sentiasa memberikan sokongan.
Bidang yang Thefarmer pilih selepas 'pencen awal' rasanya terlalu berbeza dengan pengalaman lebih sepuluh tahun bekerja namun Thefarmer percaya, kalau Tuhan izinkan dan berkati , nescaya segalanya akan berjalan seperti yang sepatutnya.
MUNCUNG PANJANG..!!
Tidak dapat tidak, satu ketikanya kita akan punya pengalaman dengan individu yang suka menceritakan perihal orang lain atau dalam bahasa yang agak kasar - suka jaga tepi kain orang atau suka mengumpat. Cuba perhatikan dan antara ayat terawal sebagai pembuka 'umpat' mungkin seperti begini ;
1- " mana si anu., saya dengar dengar dia...." - Bah.., kalau di layan, mulalah melarat
2- " Ko tau kah ni cerita....? - Kalau si pendengar beri perhatian, berbuih buih si pengumpat cerita!
3- " ok, sia kasi tau kau satu cerita kio, tapi kau jangan.... bagi tau siapa siapa..!"
4- " Ini bukan juga sia mau mengumpat lah kan...,tapi kenyataan bah..!!" - Alahai... itu mengumpat lah namanya tu..!!!!
5- " ko tau tu hari.., sia nampak sia anu......."
POKOKNYA,ELAKKAN DARI MENGUMPAT ,JANGAN BERGOSIP..!!!!

Thursday, January 29, 2009
TADI DI PEKAN.....
Selepas kerja rutin di ladang,sempat melegari Keningau untuk beberapa urusan.Sesaknya jalanraya mengundang geram.Tertoleh panggung usang melambaikan ingatan ingatan sekitar akhir tahun 70-an.Sayangnya Panggung bukan saja usang,nampak hodoh dengan bocoran buatan yang besar dan dilayani dengan rerumput yang menjalari bangunan.
Menyusuri lorong, beberapa bangunan baru sedang giat didirikan.Beberapa bulatan jalan yang baru nampaknya memberikan sedikit kelegaan .
Tuesday, January 27, 2009
TERINGAT INGAT......
Ketika awal remaja sempat bersekolah disalah sebuah sekolah di utara Semenanjung Malaysia.Agak lucu bila mula berbahasa dengan rakan di sana. Bagi mereka bahasa Thefarmer terlalu cepat dan sukar dimengerti.Bagi Thefarmer pula bahasa mereka juga terlalu cepat .
Antara perkataan pertama yang Thefarmer pelajari adalah 'TOYU' atau kicap kalau di sini.Tabik buat rakan rakan di sana - semuanya baik baik belaka walaupun ada satu dua kes terpencil.
Thefarmer dan rakan lain dari Sabah agak menjadi tumpuan.Agaknya mungkin kerana bahasa yang agak berbeza pada awalnya .ketika awal perkenalan rakan sepersekolahan biasa menanyakan , 'Hang mai mana..?' yang bermaksud Thefarmer berasal dari negeri mana.
Selepas lebih kurang 4 tahun bersekolah, Thefarmer sudah betul betul menyayangi sekolah dan tempat itu.Agak nakal sedikit ketika berada ditingkatan 5.Tinggal asrama bersama rakan,curi curi keluar menonton wayang,curi curi hisap rokok ,bla...,bla.., bla...
Yang bestnya walau sekali sekala ingkar disiplin, Thefarmer dan rakan lain tetap ingat tanggung jawab belajar.Biasalah.., jiwa muda.Zaman itu juga muzik rock dengan seluar singkat,ketat menjadi kegilaan.Kononnya takut dibilang tidak 'trendy'. Rambut panjang didepan,hampir menutupi sebelah mata menjadi pilihan,kononnya juga ala ala pemuzik 'Duran Duran' .
Tup tap,tup tap... masa berlalu.Sampai masanya, Thefarmer menghabiskan masa sekolah di sana. Agak sebak sesekali teringat kenangan dan rakan rakan.Selepas 21 tahun kemudiannya ,waktu waktu di sana masih segar, masih cantik untuk diimbau.
Thefarmer cuba cuba untuk 'mengoogleearth' Jitra.Tergamam seketika,mengharap seketika kalau kalau masa itu boleh dilancongi.

Monday, January 26, 2009
SEMALAM YANG RANCAK SIANGNYA BIASA BIASA SAJA!
Semalam sempat berkumpul dengan keluarga dan rakan sambil bertarung dengan beberapa 'tiger' sambil melayan encik 'carlsberg' dan rakannya 'heineken'yang didatangkan terus dari Eropah.Suasananya happening dengan ledakan bunga api silih berganti dari warga Keningau yang menanti kedatangan Tahun Baru Cina.
Cuacanya cantik - agak sejuk dek gerimis yang datang menjenguk cuma sekejap.Cincong cincong kosong sampai masa pulang ke rumah.Sebelah siangnya pula agak membosankan dengan sebahagian besar kedai tertutup.
Petangnya ke ladang. Melihat lihat sambil merancang.Besok...,yang pasti besoknya kedai kedai masih banyak yang tutup, rutin harian seperti biasa.
Friday, January 23, 2009
Thursday, January 22, 2009
Tuesday, January 20, 2009
Monday, January 19, 2009
RAGAM PEJABAT...
Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.
Beberapa ragam yang biasa dilihat di pejabat ;
1- Rakan sepejabat yang suka puji puji bos - itu bodek namanya...
2- Datang awal ke pejabat , selepas 'punch card' terus ke kantin bercincong dengan kawan
3- Anda yang datang awal mendapat panggilan dari kawan sambil bertanya , " Bos sudah datangkah?"
4- Anda didatangi rakan sepejabat sambil mula bercerita ," saya cerita kau satu perkara tapi jangan..... kasi tau siapa siapa. Saya crita kau saturang.... saja ni. Sebab sia trust kau......" - bah... mula lah tu mengumpat..!!!
5- Buat buat sibuk bila bos ada
6- Mengeluh kononnya hampir semua kerja dia yang buat!
7- Mengumpat rakan sepejabat kononnya dia tidak pandai buat kerja..!
8- hari Isnin dan ketika masuk pejabat nampak ceria sambil cuba dapatkan perhatian - Sebenarnya nak tunjukkkan fesyen rambut baru ( baru diwarnakan )
SELAMAT BERPEJABAT KIO....!!!

Sunday, January 18, 2009
HARI INI, SEBELUM MALAMNYA . DIMANA?... DIPEKAN KENINGAU..!
Pagi tadi cuaca cantik .Ke pasaraya Membeli bekalan rumah. Sempat singgah di kedai ' Ah Chai ' memesan mee goreng tak mahu 'togeh'.Tengah harinya cerah, tidak terlalu terik.
Petangnya hujan bersahut kencang angin. Ke ladang dan kemudiannya singgah di pasar malam. Terpaksa meredah hujan dek pesanan pesanan dari rumah. Baju putih 'formula one' basah , nasib baik berkasut 'boot.'
Balik rumah sedikit terkejut , garaj kereta berlimpah air. Rupanya hujan tadi tinggalkan sedikit kenangan.
Malam ini apa 'program' ?

Saturday, January 17, 2009
SIANG TADI...
Siang tadi mendung bersahaja. Tiada yang menarik - semuanya macam biasa , rutin. Petangnya sempat ke pasar malam membeli ayam . Penjualnya lelaki muda , agak sombong sedikit . Bersama lelaki tadi, si adik kecil yang melayan dan peramah. Lelaki muda tidak bersuara walau ditanya .
Sepanjang siang beberapa kali layari internet. mencari , membaca petunjuk perkembangan pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Siapa menang , siapa kalah belum pasti. Yang pastinya hidup berjalan macam kelmarin , macam sebelumnya.
Tengah hari tadi kawan menyinggah di rumah . Bercincong sambil menikmati kopi ' 3 in 1'.
Sebelum malam , kawan datang berbual. Tidak lama , cuma sekejap . Cuma menghantar balik barang dipinjam.
Sekarang malam sudah. Malam.....? Rupanya besok Ahad.

BORING..!!
Katakan anda sedang bercerita dengan rakan dan perasan beberapa reaksi spontan dari rakan anda - MUNGKIN CERITA ANDA ' BORING....!'
1- Rakan anda menarik nafas perlahan lahan dan panjang.
2- Rakan anda menguap.
3- Si kawan hanya senyum ketika anda menceritakan kisah lucu
4- menongkat dagu dengan tangan
5- Rakan anda gosok gosok mata
6- Sambil mendengar cerita anda, si kawan mengambil h/phone dan mula bermain SMS..
7- Sambil mendengar cerita anda, si kawan menoleh beberapa kali ke arah lain.
8- Ketika mendengar cerita anda, si kawan tertidur - NO KOMEN.... tlampau panjang dan berbelit belit mungkin....
Apa apapun kalau bersantai dengan kawan ,jangan dominasi keadaan kio....

Tuesday, January 13, 2009
INDUSTRI TENUSU NEGERI SABAH. ( bahagian 1)
Industri tenusu negeri Sabah bermula pada tahun 1982 dimana beberapa penternak telah dipilih,dilatih dan diberikan subdidi beberapa ekor indung lembu tenusu sebagai permulaan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT ) ,negeri Sabah . Pada awalnya program ini hanya dilaksanakan di dua daerah iaitu JPHPT Keningau dan Tawau sebelum dikebambangkan ke seluruh negeri Sabah di bawah Rancanfan Malaysia Ke Empat ( 1981-1985 ).
Lembu tenusu yang disubsidikan oleh JPHPT kepada para penternak merupakan baka campuran Shahiwal dan Friesian yang diimport terus daripada New Zealand . Baka ini dipilih berdasarkan kesesuaian iklim setempat disamping produktiviti susu yang baik.
Industri ini diperkenalkan pada awalnya bagi mengurangkan pergantungan terhadap import susu cecair dari luar negara, menjimatkan aliran keluar tukaran wang asing dan meningkatkan pengeluaran daging lembu melalui penggemukan anak lembu jantan oleh para penternak.
Sehingga kini , JPHPT Sabah telah mengembangkan program ini ke beberapa daerah lain iaitu Tenom,Beaufort,Menumbok,Bongawan,Papar,Penampang,Ranau,Tuaran,Kota Marudu,Keningau dan Tawau.
PERASAN SENDIRI...!
Monday, January 12, 2009
SELAMAT LAHIR,SELAMAT BERKENALAN..!
kelmarin salah satu lembu tenusu selamat melahirkan 'baby cow' di MJ DAIRY FARM.'Baby cow' lahir dengan warna hitam putih - Cantik dan comel!Walaupun biasa dengan keadaan sebegitu,saya agak sedikit gementar takut kalau kalau indungnya menghadapi masalah ketika melahirkan.Syukur kerana proses kelahiran tersebut berjalan dengan baik dan berjaya.
Buat 'baby cow'," SELAMAT LAHIR,SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERKENALAN..!"
Friday, January 9, 2009
AL KISAH TIGA TIKUS!
Al kisah tiga ekor tikus melepak atas bumbung sambil minum 'vodka lime.'Setelah beberapa teguk ,ketiganya mula berasa sedikit 'kick'.
Dengan ego salah seekor tikus mula jual cerita,"Tuan rumah sia panjahat bah.Slalu di umpan pakai racun kerupuk.dia ingat sia takut.Sia makan makan bah itu racun...,inda juga sia sakit...."
Mendengar cerita tikus pertama,tikus kedua pun memulakan kelentong," Tampat sia,tu tuan rumah pasang banyak.... perangkap tikus.Sia tandang tandang bikin bola ja tu perangkap...."
Tercabar dengan cerita sabahatnya, tikus ketiga memulakan cerita dengan rasa bangga sambil menunjuk dengan muncung panjang ke arah seekor kucing yang sedang tidur di lantai.
"Kamu nampak kah tuna....... kucing tidur di lantai.Bunting bah itu,sia lah yang kerjakan tu kucing...! "
Tikus pertama dengan selamba bertanya kepada tikus ketiga," Ada lagi Martini kau..?"
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

CERITA TAPAI ! (PART3) - BEBERAPA KEMUNGKINAN!
Andaikan anda mengikut teman ke satu majlis dimana terdapatnya minuman tapai dan kebetulannya di majlis tersebut pula terdapat beberapa gadis jelita ;
1) KETIKA MULA MULA SAMPAI ANDA PERLU MESRA TAPI JANGAN KETERLALUAN 'MESRA.' - TAKUT NANTI ANDA DI BILANG 'MENGADA-ADA!'
2) CONTROL MACHO..!! - JANGAN TLAMPAU BALIK BALIK JELING TU SUMANDAK,NANTI 'KEDAPATAN.'
3) KALAU DIPELAWA KE'TAPAI' JANGAN TOLAK.- HORMATI/AMBIL HATI TUAN RUMAH.
SELEPAS BEBERAPA KALI MENEGUK TAPAI, ANDA MUNGKIN MENGALAMI INI:-
1)MUKA RASA SEDIKIT PANAS SAMBIL MULA BERPELUH - SILA KE 'REST ROOM' UNTUK MENGELAP PELUH SAMBIL TENGOK KEADAAN MUKA (MANALAH TAU... KALAU KALAU COMOT KAH.., ADA TAHI MATA KAH..
2)ANDA AKAN MULA BERASA SEDIKIT 'KICK!'- CONTROL GENG...,JANGAN MULA BUKA BUTANG BAJU DEKAT LEHER.NANTI NAMPAK INDA 'COOL!'
3)MAKIN RANCAK BERCERITA SAMBIL LIDAH RASA SEDIKIT KEBAS (Macam susah nak sebut perkataan) - Haa..,sila kawal tone suara anda.Bahasa anda 'berlilit lilit' sudah tu..!
4)MATA SEMAKIN KUYU (Macam mengantuk dan ayu ayu gitu...)- Sila ke mana mana tandas terdekat yang ada cermin untuk basuh muka-Nanti nampak 'BIDA!'
5)MULA BERANI MENDEKATI SUMANDAK SUMANDAK (sambil minta nombor h/phone)- Bah.., pandai pandai ja kau kio... mana tau bini orang..!!!!
Apa apapun kalau boleh kurangkan minum 'TAPAI!'

CERITA TAPAI ! (PART2)
Bagi mereka yang punya pengalaman dengan'TAPAI' atau sekadar ingin mencuba atau mungkin juga secara kebetulannya 'terikut kawan', beberapa tips tentang perkataan dan maksud, boleh kita kongsi bersama agar tidak janggal bila berhadapan dengan 'TAPAI'.
1- PUUN- ORANG PERTAMA DIBERIKAN PENGHORMATAN MERASMIKAN TAPAI YANG DISEDIAKAN.
2- BIRIS- ORANG KEDUA YANG AKAN MENGGANTIKAN INDIVIDU YANG SEBELUMNYA.
3- RASAK- SEHINGGA KERING PADA TANDA TERSEDIA.
4- LUNDUS- HABISKAN MINUMAN CEPAT DAN TANPA MENGANGKAT KEPALA.
5- KALAPA SAWIT- HAA... KALAU DENGAR PERKATAAN INI ERTINYA ANDA TERLALU LAMA UNTUK MENGHABISKAN MINUMAN ANDA!!
6- LOGOT LOGOTON....!- ANDA DIBENARKAN MINUM SECARA PERLAHAN LAHAN SAMBIL BERCERITA.
7- MASIH BISA LAGI??!!! - ANDA DITANYA SAMAADA RASANYA OK ATAU KO!
8- PUSAS - LAUK PAUK YANG DISEDIAKAN KETIKA MENIKMATI MENIKMATI TAPAI.
9- NAKALAPIK!!!!@#$%% - ALALAHH..... NO KOMEN.........!!
10- SAMPAI PAGI..? !@#$#%^%$ - NO KOMEN..!! KALAU BULIH JANGAN SAMPAI PAGI KIO..

Thursday, January 8, 2009
KISAH MONYET HIDUNG BERDARAH..
Semalam saya sempat bersantai bersama kawan kawan di salah sebuah kelab dart.Sambil bermain dart dan 'BERTARUNG' dengan beberapa ekor 'TIGER' dan encik 'CARLS....',salah seorang kawan mula buka cerita.
Tanya kawan itu," KOP,sia sual ko satu sualan."
Saya jawap,"Bah,apa soalan kau?"
Kawan meneruskan," Ada saturang pemburu,dia timbak itu burung tapi yang jatuh munyit sambil badarah idung dia..kanapa..?"
Saya mengalah kerana tidak tahu jawapannya.
Kawan meneruskan," Jawapan dia.., tu munyit di atas dahan manghayal sambil kurik kurik idung.Dia dingar itu bunyi sinapang dia takajut,tecucuk idung dia trus badarah dan tajatuh lah di tanah....!" Kawan tadi memberikan jawapan sambil ketawa sakan syok sendiri.
Dengan rasa endah tak endah saya menjawap," Mbah.. mari lundus..!

KENINGAU DULU,KENINGAU SEKARANG.
Satu satunya bangunan rumah kedai kayu yang masih wujud di bandar Keningau!
Setiap kali melintasi bangunan ini saya berasa senang kerana pada saya ianya menyimpan banyak kenangan terutamanya bila mengimbau kembali kenangan pekan Keningau sekitar tahun 1970-an.
Keadaan ketika itu tenang,corak kehidupannya tidak terburu buru,tiada kesesakan lalu lintas dan dengan apek apeknya yang ramah.
Teringat juga panggung lama yang kalau tidak silap biasa dipangil'PANGGUNG CATHAY' tetapi tidak beroperasi lagi.
Tatkala mengenang itu semua tiba tiba..,ting..!!!!! Alamak, lajunya masa berlari.Makin mau tua sudah pula sia,walaupun secara fizikalnya masih hadsome.Ehemmm..!
Wednesday, January 7, 2009
MENAHAN MARAH!@#$^%$#
Rasa marah pada kebiasaannya datang secara tiba tiba akibat provokasi.Dalam sesetengah hal,marah muncul akibat himpunan rentetan kejadian yang akhirnya menjadi hampir tidak terkawal.
Reaksi atau petunjuk biasa yang dapat dilihat pada individu yang sedang menahan marah mungkin seperti berikut;
1) mata garang dan marak merenung pada subjek yang dimarah .
2) Bercakap dalam nada lembut sambil suara terketar ketar dan tergagap gagap.
3) berteriak sambil memaki maki.
4) tidak bersuara tetapi bernafas kuat dan denyutan dada nampak kuat.
5) memeahkan objek berdekatan.
6) berlalu pergi dan meninggalkan subjek yang dimarah di tempat kejadian.
7) mata kemerahan sambil nampak sedikit berair.
8) muka merah sambil menggertap/meggigit bibir.
9) menangis - bida gia tu.....
10) berbisik pada subjek yang dimarah," Jaga kau karang.., sia ipa kau sana.. jalan!"

KEPUTUSAN
OK, topik kali ini adalah tentang 'MEMBUAT KEPUTUSAN!'
Faktanya adalah setiap seseorang mempunyai kebolehan berbeza dalam membuat keputusan.
Keputusan yang diambil biasanya berbeza mengikut keadaan,masa dan kesesuaian danindividu. Sebagai contohnya; keputusan yang diambil dalam keadaan terdesak pada kebiasaannya akan berbeza dengan yang diambil dalam keadaan tenang atau selesa.
Rumusan kepada 'HASIL AKHIR' sesuatu keputusan mungkin berbeza seperti berikut;
Secara ringkasnya,diandaikan keputusan yang diambil diantara individu A dan individu B;
1) A- puas hati vs B-tidak puas hati = TIDAK BERTEGUR @ BAMARUNG MUKA
2) A- tidak puas hati vs B-puas hati = TIDAK BERTEGUR @ BAMARUNG MUKA
3) A- tidak puas hati vs B-tidak puas hati = BERTUMBUK!!
4) A- puas hati vs B-puas hati = SAMA SAMA KE KARAOKE SAMPAI PAGI!!
SELAMAT MEMBACA...!

TELUR OSTRICH VS TELUR AYAM
BILANG URANG DULU DULU
JANGAN LANGKAH JORAN - TAKUT NANTI TAK DAPAT IKAN -
JANGAN MELANTAK PAKU KETIKA ISTERI SARAT HAMIL- TAKUT ISTERI SUSAH BERANAK
JANGAN MENYAPU WAKTU MALAM- NANTI REZEKI SUSAH NAK MASUK
BAGI ANAK GADIS ,JANGAN MAKAN SAMBIL MENYANYI- NANTI DAPAT SUAMI TAK SESUAI
JANGAN BERSIUL WAKTU MALAM- NANTI JIN/HANTU DATANG
JANGAN POTONG KUKU MALAM- NANTI PENDEK UMUR (PALIS PALIS).
ANAK GADIS JANGAN MAKAN BONTOT AYAM- NANTI SUSAH DAPAT JODOH.
BETUL KAH...??

Tuesday, January 6, 2009
CERITA TAPAI ! (PART 2)
Bagi mereka yang punya pengalaman dengan'TAPAI' atau sekadar ingin mencuba atau mungkin juga secara kebetulannya 'terikut kawan', beberapa tips tentang perkataan dan maksud, boleh kita kongsi bersama agar tidak janggal bila berhadapan dengan 'TAPAI'.
1- PUUN- ORANG PERTAMA DIBERIKAN PENGHORMATAN MERASMIKAN TAPAI YANG DISEDIAKAN.
2- BIRIS- ORANG KEDUA YANG AKAN MENGGANTIKAN INDIVIDU YANG SEBELUMNYA.
3- RASAK- SEHINGGA KERING PADA TANDA TERSEDIA.
4- LUNDUS- HABISKAN MINUMAN CEPAT DAN TANPA MENGANGKAT KEPALA.
5- KALAPA SAWIT- HAA... KALAU DENGAR PERKATAAN INI ERTINYA ANDA TERLALU LAMA UNTUK MENGHABISKAN MINUMAN ANDA!!
6- LOGOT LOGOTON....!- ANDA DIBENARKAN MINUM SECARA PERLAHAN LAHAN SAMBIL BERCERITA.
7- MASIH BISA LAGI??!!! - ANDA DITANYA SAMAADA RASANYA OK ATAU KO!
8- PUSAS - LAUK PAUK YANG DISEDIAKAN KETIKA MENIKMATI MENIKMATI TAPAI.
9- NAKALAPIK!!!!@#$%% - ALALAHH..... NO KOMEN.........!!
10- SAMPAI PAGI..? !@#$#%^%$ - NO KOMEN..!! KALAU BULIH JANGAN SAMPAI PAGI KIO..
1- PUUN- ORANG PERTAMA DIBERIKAN PENGHORMATAN MERASMIKAN TAPAI YANG DISEDIAKAN.
2- BIRIS- ORANG KEDUA YANG AKAN MENGGANTIKAN INDIVIDU YANG SEBELUMNYA.
3- RASAK- SEHINGGA KERING PADA TANDA TERSEDIA.
4- LUNDUS- HABISKAN MINUMAN CEPAT DAN TANPA MENGANGKAT KEPALA.
5- KALAPA SAWIT- HAA... KALAU DENGAR PERKATAAN INI ERTINYA ANDA TERLALU LAMA UNTUK MENGHABISKAN MINUMAN ANDA!!
6- LOGOT LOGOTON....!- ANDA DIBENARKAN MINUM SECARA PERLAHAN LAHAN SAMBIL BERCERITA.
7- MASIH BISA LAGI??!!! - ANDA DITANYA SAMAADA RASANYA OK ATAU KO!
8- PUSAS - LAUK PAUK YANG DISEDIAKAN KETIKA MENIKMATI MENIKMATI TAPAI.
9- NAKALAPIK!!!!@#$%% - ALALAHH..... NO KOMEN.........!!
10- SAMPAI PAGI..? !@#$#%^%$ - NO KOMEN..!! KALAU BULIH JANGAN SAMPAI PAGI KIO..
CERITA TAPAI !!! (PART 1)
Tapai merupakan sejenis minuman tradisi masyarakat dusun terutamanya di sekitar Keningau,Tenom,Nabawan dan Tambunan.Ianya diperbuat melalui nasi yang diperam bersama campuran yang dipanggil ragi atau 'laru' dan mencapai tahap matang setelah lebih 6 minggu.Bahan bahan ini biasanya diisi didalam bekas yang dipanggi 'tajau'dan dengan saiz yang berlainan.
Terdapat juga tapai yang diperbuat daripada campuran ubikayu dan ragi namun tidak 'sepopular' berbanding dengan nasi.Menurut kepercayaan lama, proses pembikinan dan individu yang terlibat ,terikat dengan beberapa pantang larang.
Berikut adalah beberapa pantang larang dan akibat sekiranya tidak dipatuhi :
SEMASA PROSES PEMBIKINAN ;
1- SIPEMBUAT TAPAI HARUS SENTIASA SENYUM - SUPAYA TAPAI RASANYA SEDAP (MANIS PAHIT).
2- SIPEMBUAT JANGAN BUAT MUKA MONYOK - TAKUT NANTI TAPAI RASANYA TAWAR.
3- SIPEMBUAT JANGAN BUAT MUKA GARANG ATAU MARAH - UNTUK MENGELAKKAN ADA PERSELISIHAN FAHAM TATKALA SESUATU MAJLIS BERLANGSUNG.
4- ELAKKAN MAKAN LIMAU - TAKUT NANTI TAPAI RASANYA MASAM.
5- kALAU BOLEH SI PEMBUAT BERSIUL SIUL MANJA - MANA TAHU... SEMASA MENIKMATI TAPAI TERJUMPA JODOH.

DART
Permainan Dart di kategorikan sebagai 'indoor game'.Dimainkan bermula dengan jumlah angka 501 dan ditolak jumlah kutipan mata yang diperolehi dalam tiga kali lontaran untuk sekali giliran.Pemain yang berjaya menghabiskan kiraan 502 dianggap pemenang.
Dart juga dimainkan dengan beberapa kategori (perseorangan,beregu,berkumpulan). Beberapa perkatan yang biasa saya dengar dalam permainan ini antaranya ;
1- CHECK
2- BULL
3- SINGLE
4- DOUBLE
5- BURST
6-PRESSURE
7- BRAPA BUTUL..!!??
8- MAKIN CAS MAKIN CAMPIN...
9- SAIKO
10- BRAPALAH KO MANANG..?
11- DON KING
12- TAMBADAU..
13- BAH BISUK LAGI LAH.....
JUMPA KAWAN LAMA
Pagi tadi sambil semasa ke bandar Keningau untuk beberapa urusan, saya terserempak dengan dua orang kawan lama yang sudah agak lama inda jumpa.Keduanya saya kenal sekitar tahun 1997 ketika sama sama bertugas dimajikan yang sama.Masing masing sudah membawa haluan dan tidak lagi bekerja ditempat sama.
Agak seronok juga berbual sambil tanya tanya perkembangan terkini.Kedua duanya nampak agak berisi.Saya tanya,'uiina.., makin menjadi badan kaurang?" Jawap salah satu kawan tu," ini bukan lamak baini... muscle bah.."
Yang satunya cerita/mengeluh tentang mahalnya bayaran anak yang baru masuk tadika disamping bayaran bulanan.Yang satu pula cerita tentang emmm... hehe.. cerita cerita lelaki.....
Cincong cincong, sampai masa kami beredar.

Sunday, January 4, 2009
EKSPRESI
Beberapa perkataan ekspresi yang menjadi sebutan serta ikutan yang biasa saya dengar dari kawan kawan dan mesyarakat Keningau.Siapa yang memulakan perkataan ini saya inda tahu tapi memang kreatif.
1)MAIN KAU BURUNG..!!! 1977-1978
2)AI ANTAH!!! 1985-1986
3)BAH NGAM... LAITU..!
4)ARAMAITI...!!!!!!1999-MASIH
5)BULIH BAH KALAU KAU..! 2007-MASIH
1)MAIN KAU BURUNG..!!! 1977-1978
2)AI ANTAH!!! 1985-1986
3)BAH NGAM... LAITU..!
4)ARAMAITI...!!!!!!1999-MASIH
5)BULIH BAH KALAU KAU..! 2007-MASIH
IYA
IYA - MENGAKUI SESUATU PERKARA
IYA...!!!!! - JAWAPAN KEPADA SESUATU DENGAN PERASAAN AGAK MARAH
I..YA......... (SAMBIL ALUNAN NYA MENDAYU DAYU) - BIASANYA KETIKA PROSES MENGAMBIL HATI PASANGAN
IYA....!!@#$%$^&!! - JAWAPAN DENGAN RASA BORING
IYA??- INGIN PASTIKAN DENGAN LEBIH LANJUT @ BERTANYA.

OFF ROAD
Teringat perjalanan ke kampung Sibua ,Pensiangan kerana tugasan rasmi ketika masih bekerja.Perjalanan ke sana daripada Keningau mengambil masa lebih kurang 5-6 jam ,bergantung kepada keadaan jalan dan cuaca.Laluan yang ikuti agak mencabar terutamanya ketika musim hujan dan bila berdepan dengan lori lori yang sarat dengan pokok balaknya.
Bagi mereka yang melalui jalantidak bertar dan juga laluan lori balak, saya syorkan untuk menggunakan tayar yang sesuai (kasar) dan sedikit pengetahuan tentang selok belok pemanduan di persekitaran 'OFF ROAD'.
Saturday, January 3, 2009
LAGI KENINGAU FM
Masuk hari ke-3 tahun 2009,selain tarikh lain lain hal berjalan macam biasa.Nampaknya Keningau FM bersiaran secara rasmi bermula 01.01.2009.Pujian saya berikan kepada para pengendali KGU FM terutama DJ yang pada pendapat saya sememangnya menghiburkan.
Kalau tidak silap,salah satu DJ dengan panggilan 'Dayang' macam biasa dengar di saluran Sabah FM.Suaranya lunak,sedap didengar.
Dalam satu umuman yang dibuat,warga Keningau yang berminat menjadi'SAHABAT KENINGAU FM', berumur 18 tahun keatas dan memiliki telefon bimbit dijemput hadir ke tingkat bawah pejabat KGU FM,bangunan persekutuan Keningau pada 14 Januari,2009.

Subscribe to:
Posts (Atom)