Tuesday, January 6, 2009

CERITA TAPAI !!! (PART 1)

Tapai merupakan sejenis minuman tradisi masyarakat dusun terutamanya di sekitar Keningau,Tenom,Nabawan dan Tambunan.Ianya diperbuat melalui nasi yang diperam bersama campuran yang dipanggil ragi atau 'laru' dan mencapai tahap matang setelah lebih 6 minggu.Bahan bahan ini biasanya diisi didalam bekas yang dipanggi 'tajau'dan dengan saiz yang berlainan.

Terdapat juga tapai yang diperbuat daripada campuran ubikayu dan ragi namun tidak 'sepopular' berbanding dengan nasi.Menurut kepercayaan lama, proses pembikinan dan individu yang terlibat ,terikat dengan beberapa pantang larang.

Berikut adalah beberapa pantang larang dan akibat sekiranya tidak dipatuhi :

SEMASA PROSES PEMBIKINAN ;

1- SIPEMBUAT TAPAI HARUS SENTIASA SENYUM - SUPAYA TAPAI RASANYA SEDAP (MANIS PAHIT).
2- SIPEMBUAT JANGAN BUAT MUKA MONYOK - TAKUT NANTI TAPAI RASANYA TAWAR.
3- SIPEMBUAT JANGAN BUAT MUKA GARANG ATAU MARAH - UNTUK MENGELAKKAN ADA PERSELISIHAN FAHAM TATKALA SESUATU MAJLIS BERLANGSUNG.
4- ELAKKAN MAKAN LIMAU - TAKUT NANTI TAPAI RASANYA MASAM.
5- kALAU BOLEH SI PEMBUAT BERSIUL SIUL MANJA - MANA TAHU... SEMASA MENIKMATI TAPAI TERJUMPA JODOH.

No comments: