Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.
Beberapa ragam yang biasa dilihat di pejabat ;
1- Rakan sepejabat yang suka puji puji bos - itu bodek namanya...
2- Datang awal ke pejabat , selepas 'punch card' terus ke kantin bercincong dengan kawan
3- Anda yang datang awal mendapat panggilan dari kawan sambil bertanya , " Bos sudah datangkah?"
4- Anda didatangi rakan sepejabat sambil mula bercerita ," saya cerita kau satu perkara tapi jangan..... kasi tau siapa siapa. Saya crita kau saturang.... saja ni. Sebab sia trust kau......" - bah... mula lah tu mengumpat..!!!
5- Buat buat sibuk bila bos ada
6- Mengeluh kononnya hampir semua kerja dia yang buat!
7- Mengumpat rakan sepejabat kononnya dia tidak pandai buat kerja..!
8- hari Isnin dan ketika masuk pejabat nampak ceria sambil cuba dapatkan perhatian - Sebenarnya nak tunjukkkan fesyen rambut baru ( baru diwarnakan )
SELAMAT BERPEJABAT KIO....!!!
Monday, January 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment