Ketika awal remaja sempat bersekolah disalah sebuah sekolah di utara Semenanjung Malaysia.Agak lucu bila mula berbahasa dengan rakan di sana. Bagi mereka bahasa Thefarmer terlalu cepat dan sukar dimengerti.Bagi Thefarmer pula bahasa mereka juga terlalu cepat .
Antara perkataan pertama yang Thefarmer pelajari adalah 'TOYU' atau kicap kalau di sini.Tabik buat rakan rakan di sana - semuanya baik baik belaka walaupun ada satu dua kes terpencil.
Thefarmer dan rakan lain dari Sabah agak menjadi tumpuan.Agaknya mungkin kerana bahasa yang agak berbeza pada awalnya .ketika awal perkenalan rakan sepersekolahan biasa menanyakan , 'Hang mai mana..?' yang bermaksud Thefarmer berasal dari negeri mana.
Selepas lebih kurang 4 tahun bersekolah, Thefarmer sudah betul betul menyayangi sekolah dan tempat itu.Agak nakal sedikit ketika berada ditingkatan 5.Tinggal asrama bersama rakan,curi curi keluar menonton wayang,curi curi hisap rokok ,bla...,bla.., bla...
Yang bestnya walau sekali sekala ingkar disiplin, Thefarmer dan rakan lain tetap ingat tanggung jawab belajar.Biasalah.., jiwa muda.Zaman itu juga muzik rock dengan seluar singkat,ketat menjadi kegilaan.Kononnya takut dibilang tidak 'trendy'. Rambut panjang didepan,hampir menutupi sebelah mata menjadi pilihan,kononnya juga ala ala pemuzik 'Duran Duran' .
Tup tap,tup tap... masa berlalu.Sampai masanya, Thefarmer menghabiskan masa sekolah di sana. Agak sebak sesekali teringat kenangan dan rakan rakan.Selepas 21 tahun kemudiannya ,waktu waktu di sana masih segar, masih cantik untuk diimbau.
Thefarmer cuba cuba untuk 'mengoogleearth' Jitra.Tergamam seketika,mengharap seketika kalau kalau masa itu boleh dilancongi.
Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment